KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Selasa, 23 Februari 2010

CORETAN MINDA DAN PANDANGAN AZLAN 2

Kadang-kadang bila direnungkan ada kelucuannya terutama tanggapan masyarakat orang melayu amnya terhadap hal-hal mistik dan gaib. Sesuatu kejadian alam yang sukar dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi ia ujud. Kebanyakkan orang melayu mudah percaya dan menerima apa jua pandangan mengenai alam mistik dan gaib tanpa memikirkan kebenarannya. Mungkin mereka kagum dan asyik bila mendengarnya dan berkemungkinan mereka pernah alaminya. Ada yang menjadi takut dan seram apabila dikisahkan cerita mengenai alam mistik dan gaib ini seolah-olah perkara tersebut menghantui kehidupan mereka walaupun mereka belum pernah lalui.
Mengapa hal ini boleh terjadi dan menjadi salah satu " resam " dalam kehidupan harian orang melayu? Bangsa lain juga yakin dan percaya perkara ini akan tetapi tidaklah seteruk dan seremeh orang melayu.

Selalu kita dengar didalam kehidupan orang melayu akan perkara-perkara seperti kerasukan jin dan hantu,gangguan dari makhluk-makhluk halus dan tersampuk. Mereka yang diganggu terdiri dari lelaki dan wanita,yang dewasa maupun yang muda serta kanak-kanak pun tidak terkecuali. Samaada yang tinggal dibandar,didesa,dikampung maupun dipinggiran hutan atau dihutan sekalipun pernah mengalaminya. Apabila salah seorang dari mereka mengalami gangguan-gangguan tersebut orang melayu pada lumrahnya akan merujuk hal itu kepada bomoh,dukun,tabib dan ustaz. Kumpulan inilah yang bertanggungjawab untuk membantu mereka dalam menangani dan menyelesaikan gangguan itu. Orang melayu begitu yakin dan percaya akan kemampuan kumpulan tersebut untuk membantu mengatasi masalah mereka. Ada yang begitu taksub dan fanatik sekali hinggakan apabila mereka menghadapi apa jua masalah dalam kehidupan harian mereka maka kumpulan yang disebutkan tadi akan dirujuk. Selalunya bukan untuk menyembuhkan atau menghilangkan masalah yang mereka hadapi tetapi mereka lebih gemar mendengar cerita kenapa mereka mengalami masalah itu. Mereka lebih gemar mengumpul cerita dan kisah sedangkan gangguan yang mereka alami itu adakalanya begitu hebat.

Kita memang disarankan agar mempercayai akan keujudan alam mistik dan perkara-perkara ghaib. Ia sebahagian dari kejadian Yang Maha Esa. Akan tetapi janganlah kita keterlaluan didalam mempercayai serta akur akan kehebatannya hingga mengganggu gugat keyakinan dan jatidiri kita. Sebenarnya kitalah yang mengadakan alam mistik dalam diri kita hingga kita lupa akan asal usul kita. Sepatutnya kita perlu menggunakan akal yang diberi serta memikirkan kebenaran akan sesuatu yang dijadikan dan bukan menerima segalanya dengan bulat-bulat. Kita perlu sedar bahawa setiap sesuatu kejadian Yang Maha Esa membawa pengertian yang berbeza-beza dan juga alam yang kita hadapi sekarang. Sudah tentu banyak perbezaan diantara alam kita dan alam-alam yang lain. Kebiasaanya kita tidak terlalu taksub akan perkara-perkara yang berlaku diatas dunia ini sebaliknya lebih cenderung apabila memperkatakan alam ghaib dan mistik. Kenapa berlaku demikian? Adakah disebabkan kita tidak punyai panduan dan pedoman didalam mengharungi kehidupan kita atau kita cuba melalui sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaanya? Hanya akal dan fikiran yang waras sahaja yang dapat memberikan kita jawapannya. Janganlah kita menolak fitrah kejadian akal,fikiran dan angan-angan kerana ianya adalah sesuatu yang menakjubkan tercipta diatas kebesaran dan kehendak Yang Maha Esa. Inilah kejadianNya yang kita tidak nampak atau dapat kita buktikan akan keujudannya tetapi ianya ada. Tidakkah itu sesuatu yang mistik?

Kita juga perlu sedar bahawa ada alam nyata dan ada alam ghaib. Janganlah kita sesekali menolak akan keujudannya semata-mata hanya berpandukan pendapat orang lain. Adakalanya pendapat itu bukan bersandarkan pengalaman akan tetapi berpaksikan cerita-cerita dari yang terdahulu tanpa sebarang bukti yang sahih. Setiap apa jua kejadian Yang Maha Esa itu adalah baik juga pada ilmu. Semua ilmu didalam dunia ini samaada yang terdahulu maupun yang akan datang adalah baik dan bagus. Yang menjadikannya tidak baik adalah yang mengamal dan menggunakan ilmu itu. Ilmu untuk mencipta senapang adalah baik. Yang menjadikan ianya tidak baik adalah cara menggunakan senapang itu. Jika ia digunakan untuk tujuan membunuh maka ianya tidak baik. Begitu juga halnya kepada apa jua ilmu didalam dunia ini. Segalanya bergantung kepada cara ia digunakan dan diamalkan. Niat adalah merupakan titik tolak kepada yang akan kita lakukan dan laksanakan dalam kehidupan kita. Perbetulkanlah ia agar dapat memberi faedah kepada kita dan orang lain. Fikir=fikirkanlah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN