KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Khamis, 29 April 2010

INTERNATIONAL CONTEMPORARY MASTERS

Saya begitu teruja dan berasa berbesar hati apabila menerima berita dari sebuah syarikat penerbitan yang berpengkalan di California, Amerika Syarikat. Hasil karya-karya lukisan saya telah terpilih untuk di masukkan didalam   " International Contemporary Masters Volume IV ", sebuah buku senilukis tahunan dimana pemilihannya dikendalikan oleh juri-juri profesional dan berkaliber dalam bidang masing-masing. Bagi saya ini merupakan satu pengikhtirafan diatas karya lukisan saya dan juga penglibatan saya selama ini didalam dunia senilukis.Hampir lebih 18 tahun saya bergiat dalam bidang ini segala keperitan dan kesungguhan saya untuk terus maju serta berjaya kini telah berbalas. Apa yang saya difahamkan pemilihan ini mereka lakukan berdasarkan penyertaan saya didalam beberapa laman sawang senilukis. Disamping itu secara peribadinya saya menganggap pemilihan ini juga merupakan salah satu kejayaan diri saya didalam senilukis. Buku tahunan ini akan dijadualkan penerbitannya dan dipasarkan pada bulan Disember tahun ini. Sebagai langkah menengahkan dan mempromosikan hasil karya-karya lukisan pelukis-pelukis yang terpilih kepada orang ramai satu pameran lukisan " International Contemporary Masters Volume IV " akan diadakan pada tahun 2011 bertempat di Las Vegas.

Berikut merupakan e-mail yang saya terima dari syarikat penerbitan tersebut ( disalin dari inbox saya bertarikh 31hb Mac 2010 ) untuk tatapan anda:-

............................................................................................
judy@omma.us to me                           show details 10:00 PM (22 hours ago)




Dear Azlan Adam,

I am glad to inform you that you have been approved to appear in the International Contemporary masters IV art book. The approved images are:

       1. Soul of The Jungle Harmony 3

       2. Spirit of The Jungle- Untouched Melody 2


Each page in the book will present one image. Please let me know how many pages you’d like, so a s to send you the final selection


Warmest regards


Despina Tunberg - Curator

World Wide Art Books

5383 Hollister Ave, # 140
93111 Santa Barbara CA
Tel / fax +1 805 683 3899
.............................................................................................

KARYA-KARYA LUKISAN YANG TERPILIH :-


SOUL OF THE JUNGLE-HARMONY 3




SPIRIT OF THE JUNGLE- UNTOUCHED MELODY 2

" Permulaan perjalanan senilukis saya banyak berkisar pada penilaian saya terhadap dunia senilukis,kefahaman terhadap seni dan juga matlamat saya. Perjalanan seterusnya adalah pencarian saya samaada mengenalpasti dan menengahkan identiti karya lukisan saya serta mesej yang ingin disampaikan. Saya perlu mengadakan atau menonjolkan sesuatu yang agak berlainanan dari apa yang terdapat didalam dunia senitampak. Sesuatu yang dapat menambat hati dan juga penghayatan yang mendalam dari peminat seni lukis. Seterusnya saya berharap karya-karya lukisan dan perjalanan seni saya mendapat pengikhtirafan yang sewajarnya. Ini menjadi satu matlamat dan tujuan kepada kebanyakkan pelukis-pelukis terutamanya bagi diri saya. "

                                                                    - AZLAN ADAM

Selasa, 27 April 2010

CORETAN MINDA DAN PANDANGAN AZLAN 4

Kebelakangan ini masaalah gejala sosial terutamanya dikalangan remaja Melayu terlalu membimbingkan. Ada sahaja berita dan perkhabaran yang kita baca atau mengenai remaja-remaja kita samaada dibandar maupun dikawasan luar bandar. Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak-pihak tertentu akan tetapi belum mendatangkan sebarang hasil. Kisah remaja merempit, kisah remaja membuang anak, kisah remaja mencederakan dan mendatangkan kemudaratan kepada ahli keluarganya,kisah penglibatan remaja dengan dadah,kisah remaja lari dari rumah dan bermacam-macam lagi cerita mengenai mereka tersebar dimedia massa. Apakah sebenarnya punca utama yang menyebabkan terjadi hal-hal sedemikian? Adakah disebabkan longgarnya kawalan dan pengawasan ibubapa terhadap mereka? Adakah disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan agama dan penghayatannya? Mungkinkah disebabkan kebebasan yang diberi oleh ibubapa mereka disalahgunakan serta mendatangkan kemudaratan pada diri mereka sendiri atau kurangnya kawalan terhadap penggunaan internet yang mana ada unsur-unsur negatif terkandung didalamnya yang sedikit sebanyak mempengaruhi remaja ini sehingga bertindak diluar batasan peri kemanusiaan? Kita mampu dan boleh membuat pelbagai rumusan,andaian,tekaan malah tuduhan terhadap apa yang terjadi. Yang pasti kita masih diluar kotak pemasalahan dan tidak tahu punca sebenarnya disebabkan kurangnya inisiatif kita untuk mendekati dan menanganinya. Kebanyakkan kita terlalu sibuk dengan kehidupan dan cara hidup kita sehingga mengenepikan dan tidak peduli dengan apa yang sedang berlaku. Rata-rata masyarakat kita kini lebih gemar berdiam diri dan tidak mahu ambil pusing walaupun untuk seketika.

Kekurangan pendedahan mengenai adat resam dan budaya kita sebagai bangsa Melayu juga ada kesannya terhadap perkara ini. Dimasa ini kita dapat lihat dengan jelasnya sikap segelintir masyarakat Melayu yang tidak lagi mengambil endah terhadap adat resam dan budaya Melayu. Mereka lebih gemar mengamalkan cara hidup bangsa lain serta mengagung-agungkannya seolah-olah itulah cara hidup terkini. Mereka lupa akan asal usul mereka. Mereka ghairah dengan apa yang dilalui sehingga mengenepikan tatasusila sebagai seorang Melayu. Mereka lebih teruja untuk mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan budaya yang bukan miliknya dan hasilnya apa yang kita lihat pada hari ini.

Anak-anak remaja sudah pandai berkurang ajar,sudah tidak lagi menghormati orang tua, sudah tidak lagi mahu mendengar nasihat dan teguran orang yang lebih tua usianya dari mereka serta ada juga yang sudah tidak mahu lagi tinggal bersama dengan keluarga mereka dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Mereka lebih gemar serta terlalu bangga dengan kehidupan yang mereka lalui tanpa memikirkan risiko dan akibatnya. Adakah kita mahu perkara-perkara sedemikian rupa terus menular dan menjadi wabak kepada generasi kita tanpa sebarang tindakan sewajarnya untuk mengekang dari terus merebak? Apakah kita dimasa kini sudah tidak ada lagi rasa tanggungjawab kepada apa yang berlaku dan hanya membisu serta membiarkannya?

Seharusnya pemasalahan remaja ini wajar mendapat tempat dan perhatian yang serius dari mana-mana pihak demi untuk menanganinya. Janganlah apabila ianya telah menjadi kudis yang merebak barulah ada usaha yang ingin diambil dan pada masa itu sudah mungkin perkara ini telah berada ditahap kritikal. Luangkanlah masa untuk memikirkannya sejenak....

Isnin, 19 April 2010

SKETSA-SKETSA 4

ANTARA SKETSA YANG DIHASILKAN : EKSPRESI MINDA


Pada kebanyakkan karya lukisan yang saya hasilkan kesemuanya berpandukan ilham atau idea minda saya tanpa merujuk sebarang subjek yang ujud. Apa yang pernah saya lihat dan tersimpan dalam minda saya itulah yang saya terjemahankan dalam karya lukisan saya. Sketsa ini dilakarkan diatas kertas secara satu garisan dan dibuat dengan menggunakan pen artline. Masih bertemakan hutanrimba dan ianya adalah ekspresi minda saya.

























Kekuatan dalam pengolahan sesebuah sketsa juga merupakan kekuatan sesebuah karya yang dihasilkan. Sesebuah karya lukisan perlu ada jalan penceritaan yang dapat difahami oleh mereka yang melihatnya. Jalan atau cara yang paling mudah adalah dengan menamakan tajuk lukisan itu atau temanya. Ini akan memudahkan orang awam untuk menrima maksud sesebuah karya lukisan itu. Oleh sebab itu seseorang pelukis perlu peka pada persekitarannya, alam sekeliling, apa yang diketahuinya dan juga dengan apa yang dialaminya. Pelukis akan melontarkan ideanya melalui karya lukisan yang dihasilkan berpandukan apa yang dijelaskan sebelum ini. Pelukis juga adalah perekod peristiwa secara catan.

Jumaat, 16 April 2010

SKETSA-SKETSA 3

ANTARA SKETSA YANG DIHASILKAN : EKSPRESI MINDA


Ini adalah sketsa satu garisan yang dilakarkan diatas kertas dengan menggunakan pen artline. Dihasilkan melalui ilham yang mendatang secara
spontan. Setiap satu mempunyai kelainan tetapi masih bermotifkan hutanrimba. Ia sekadar catatan untuk memudahkan penghasilan karya yang terbaru. Setidak-tidaknya dengan ada lakaran ini akan mempercepatkan proses penyediaan karya lukisan dan ia amat bermunafaat.

























Sketsa juga adalah pencerna minda dan akan disampaikan maksud sepenuhnya apabila sesebuah karya lukisan dihasilkan. Walaupun ia sebagai panduan kepada seseorang pelukis akan tetapi membawa pelbagai maksud yang tersirat dan tersurat. Biarpun dengan hanya satu lakaran seseorang pelukis mampu menghasilkan pelbagai karya lukisan yang berlainan. Ini juga merupakan salah satu kekuatan sketsa selain sebagai penterjemahan idea yang mendatang secara spontan.


SKETSA-SKETSA 2

Sketsa adalah ilham yang mendatang dan bukan sesuatu yang yang sengaja dirancangkan atau diadakan. Setidak-tidaknya seseorang pelukis ada sedikit sebanyak garis panduan tentang apa yang ingin dilakarkan serta mesej yang akan disampaikan. Ada sketsa berpandukan idea dan juga ada sketsa yang berpandukan motif atau 'subjek matter' yang sedia ada. Akan tetapi sebagai pelukis abstrak kebanyakkan idea yang saya perolehi adalah secara spontan dan ini  perlu dicatat segera diatas media agar ianya tidak padam dari ingatan. Sketsa juga sebagai penjana idea untuk karya yang akan datang walaupun adakalanya ianya tidak diikut secara sepenuhnya cukup sekadar pengerak atau pencetus minda apabila ingin memulakan sesuatu karya yang baru.



Adakalanya sesebuah sketsa tidak mempunyai tajuk atau tema akan tetapi ia akan menjadi lebih bermakna sekiranya telah diberi tajuk atau tema terlebih dahulu. Jika seorang pelukis membuat lukisan secara bersiri ini amat diperlukan agar karya-karya yang akan dihasilkan mempunyai kesinambungan dan rentetan. Secara ringkas jika seseorang pelukis ada membuat sketsa-sketsa terlebih dahulu maka peminat senilukis akan senang memahami jalan penceritaan karyan yang dibuat kerana adanya catatan yang telah dibuat. Oleh sebab itu sketsa tersebut amat diperlukan. Ada segelintir peminat seni mengikuti secara dekat akan perkembangan dan perjalanan senilukis seseorang pelukis yang diminatinya. Pelukis yang melazimkan dan memperbanyakkan membuat sketsa adalah seorang pelukis yang sentiasa ingin memajukan hasil kerjanya. Dengan demikian seorang pelukis akan secara tidak langsung sentiasa melakukan latihan dan memperbaiki apa jua kelemahan beliau dalam menghasilkan karya yang baru.







SKETSA-SKETSA 1

Ini adalah antara beberapa sketsa-sketsa yang telah dibuat. Hampir kesemua sketsa-sketsa ini dihasilkan diatas kertas dengan menggunakan pen artline dan ianya merupakan lakaran satu garisan. Masih bertemakan hutanrimba dan ia juga sebagai terjemahan idea yang mendatang serta sempat dirakamkan.

























Sketsa merupakan satu rekod catatan kepada pelukis untuk dijadikan sebagai panduan apabila ingin memulakan sesuatu penghasilan karya yang baru. Disamping itu ianya memudahkan seseorang pelukis dalam kerjanya tanpa perlu memikirkan idea-idea yang baru. Seorang pelukis hanya perlu mengikut lakaran yang sedia ada dan mungkin diadakan sedikit tambahan atau perubahan sebagai mengemaskinikan karya yang akan dibuat mengikut citarasanya tersendiri. Mungkin adakalanya akan menampakkan sedikit kelainan pada karya terbaru jika dibandingkan dengan apa yang telah dibuatnya sebelum itu. Ada ketika seorang pelukis buntu untuk mendapatkan idea yang baru. Oleh sebab itu dengan adanya sketsa-sketsa yang telah dibuatnya akan mempercepatkan beliau menyiapkan hasil karyanya. Sketsa juga adalah merupakan lontaran minda yang pada kebiasaannya berlaku secara tiba-tiba atau dalam lain perkataan datang secara spontan. Disebabkan itu maka ianya perlu segera dirakamkan keatas media agar tidak luput dari ingatan.

Ahad, 11 April 2010

PENDEDAHAN DIRI PELUKIS

Berkarya dan terus berkarya merupakan salah satu kaedah bagi seseorang pelukis untuk mengenali dan mencari kesenimbungan seninya. Jika dilakukan setiap masa seseorang pelukis mampu memahirkan kebolehannya dalam memperkemaskan jalan cerita atau mesej yang ingin disampaikan. Kecenderungan untuk mempamirkan hasil karya yang terbaru memberi satu peluang untuk pelukis mencatat perjalanan seninya. Ia juga sebagai usaha pelukis agar tidak terpesung jauh pabila berkarya terutama sekiranya sudah lama tidak melakukannya. Sentuhan yang selalu didapati pada setiap karya yang dihasilkan adalah merupakan satu pengenalan atau identiti pelukis biarpun karya itu tidak ditandatangani pasti masih dikenali oleh peminat lukisan akan pelukisnya. Ini juga merupakan satu kekuatan diri pelukis dan salah satu cara pendedahan diri disamping pameran dan promosi yang lain.

Selain dari itu seseorang pelukis perlu peka akan hal persekitaran dan semasa agar setiap karya yang ingin dihasilkan adakalanya diterimapakai atau dikehendaki oleh pasaran. Pelukis juga perlu menyakinkan dirinya dimasa kini selain berkarya seorang pelukis juga adalah merupakan 'ahli perniagaan'. Oleh kerana itu seseorang pelukis perlu melengkapkan dirinya mengenai hal-hal ekonomi dan pasaran agar apa yang diusahakannya mendapat sambutan dan diterima. Pelukis juga perlu sentiasa melakukan sketsa-sketsa sebagai bahan rujukan pada masa akan datang. Ada ketikanya pembeli karya lukisan ingin memiliki juga sketsa lukisan yang berkaitan. Sketsa merupakan satu catatan mengenai idea yang mendatang secara spontan dan cara merekodkan serta mencatatkannya boleh dilaksanakan pelbagai cara. Pada kebiasaannya seorang pelukis ada memiliki buku sketsa sebagai media beliau mencoret dan mencatat buah fikiran atau ideanya.

Antara usaha lain adalah kerap bertukar fikiran sesama rakan pelukis dan juga memperbanyakkan membaca apa lagi perihal senilukis serta juga pasaran. Seseorang pelukis yang mengemaskinikan dirinya dengan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia senilukis tempatan dan global akan menjadikannya sentiasa bersedia dengan penghasilan karya-karya yang menjadi rebutan peminat senilukis. Pabila bertemu dengan pelbagai peringkat manusia seorang pelukis yang mempunyai pengetahuan yang meluas dalam apa bidang sekalipun tidak akan berasa janggal disebabkan dirinya dilengkapi pengetahuan yang diperlukan. Jadi seorang pelukis yang memiliki ciri ini tidak akan terasa tersisih atau diperkecilkan bila berada dikelompok masyarakat yang berlainan status pekerjaannya.

Walaupun pelukis adalah orang seni akan tetapi kehendak semasa dan pasaran perlu dititikberatkan agar dirinya tidak ketinggalan. Pelukis tetap pelukis akan tetapi dimata masyarakat seorang pelukis ada kehebatannya yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Sabtu, 3 April 2010

PENTERJEMAHAN KARYA SIRI VIRGIN JUNGLE

Kali ini saya ingin berbicara mengenai karya lukisan saya yang terdahulu yang mana jarang dan mungkin tiada saya tonjolkan
mengenainya. Inspirasi untuk saya terus berkarya mengenai hutanrimba mula saya perolehi bilamana karya-karya ini mendapat perhatian diperingkat antarabangsa terutamanya dari laman-laman web yang saya sertai dan juga geleri-galeri lukisan diluar negara. Pada waktu itu saya menghasikan siri-siri hutanrimba dibawah tema Virgin Jungle. Berikut adalah diantara karya-karya lukisan yang ingin saya terjemahkan maksudnya.
                                                                                      ...virgin jungle 1
Saya lebih gemar untuk menggunakan warna-warna lembut dan disulami dengan warna-warna gelap bagi memadankan jalan penceritaannya. Warna pastel bagi mengolahkan tanah dan bukit mengambarkan
keluhuran,ketabahan,jujur
dan amanah. Warna cerah ini dilapisi dengan warna lembut bagi menguatkan fokus aliran didalamnya yang memberi erti berterusan.
Warna hijau muda/hijau daun dan biru laut dalam ertikata lain
melambangkan kedamaian,tenang dan tersendiri manakala warna gelap samar menceritakan perbezaan dua suasana. Sama dengan realiti kehidupan kita yang dipenuhi dengan berbagai ragam manusia begitu jugalah keadaannya didalam hutan. Hubungan antara flora dan fauna umpamanya jelas kelihatan yang mana pokok yang tinggi dan besar akan mengatasi pokok yang rendah dan bersaiz kecil. Juga kepada penghuni didalamnya yang mana yang bersaiz besar akan mengatasi yang kecil. Sinonim ini boleh dipadan dengan keadaan sebenar kehidupan manusia. Pokok berwarna hitam membayangkan sesuatu yang pernah ujud dan berada dilokasi itu pada suatu masa dahulu serta telah lenyap dari pandangan manakala pokok berwarna putih melambangkan sesuatu yang baru hadir atau ujud. Warna merah adalah kesungguhan dan kesanggupan merentangi apa jua halangan. Juga membayangkan jatidiri dan kemantapan kehendak. Manakala pokok dan tumbuhan berwarna kuning bermaksud kesetiaan.

Ada unsur-unsur air dan angin yang diserapkan. Ini diolah dengan menggunakan warna biru muda serta buff titanium  bagi mencerminkan suasana tenang. Warna-warna ini membawa maksud kejituan dan keharmonian. Titik dan garisan adalah sesuatu yang berulang-ulang kali ditonjolkan. Ini adalah untuk menggambarkan permulaan dan pengakhiran bagi sesuatu manakala objek kekotak dan segi melambangkan ketinggian,fokus serta struktur keadaan. Objek seperti ranting-ranting pokok,daun dan adakalanya umpama pokok pakis adalah menggambarkan tumbuhan renek dan kecil yang membawa maksud saling membantu serta bertolak ansur. Dalam suasana sebenar hutanrimba tumbuhan dan keadaan ini adalah pelengkap suasana serta juga sebagai penyeri.

...virgin jungle 3
Jika diperhatikan secara dekat seperti ada sesuatu yang saya cuba ketengahkan dengan membuatkan lukisan ini seolah-olah berserabut dan tidak menentu. Ada kalanya seperti berlapis-lapis,berulang-ulang dan menenggelamtimbulkan sesuatu subjek. Juga rupa tumbuhan yang mungkin tiada dialam nyata dan inilah cara saya memaksimakan impak terhadap karya saya. Ada tetapi tiada dan tiada tetapi ada. Namun jelas kelihatan keseragamannya walaupun kompleks. Ini adalah penyampaian yang dibuat bersandarkan apa yang terlihat diminda saya. Pada umumnya lukisan saya ini mengambil elemen-elemen yang terdapat dalam hutanrimba. Dengan pengamatan sendiri saya cuba mengandingkan elemen-elemen ini dengan realiti kehidupan kita dan inilah apa yang saya maksudkan. Faktor-faktor sampingan juga diambilkira bagi menguatkan jalan penceritaan. Faktor seperti keadaan fizikal hutanrimba,cuaca dan masa juga ada memainkan peranan disamping faktor-faktor lain. Bagi memadankannya dalam karya saya penggunaan berbagai-bagai warna adalah cara saya menyampaikan maksud ini. Warna gelap saya padankan dengan warna terang manakala warna lembut saya padankan dengan warna garang. Diantaranya saya calitkan sedikit garisan atau titik bagi memisahkan dua penceritaan yang berbeza tetapi kearah maksud yang sama.

Hutanrimba merupakan satu tempat yang begitu mengujakan kita bila berada didalamnya.Sesuatu yang selalu dan kebiasaannya disamaertikan fizikal dan keadaannya umpama seorang dara;kewanitaan. Walaupun bersifat lembut tetapi mempunyai ketegasan dalam setiap urusan.

Bersandarkan pengertian ini saya namakan judul karya-karya saya sama dengan judul tema iatu VIRGIN JUNGLE,dibuat secara bersiri agar ada rentetan penceritaan bagi memudahkan peminat-peminat seni mengikuti perkembangan perjalanan seni saya. 










Jumaat, 2 April 2010

PENTERJEMAHAN KARYA 1

Apabila sesuatu karya lukisan dibuat,seseorang pelukis mempunyai pandangan dan jalan ceritanya tersendiri untuk mentafsirkan hasil karyanya.Begitu juga dengan karya saya. Saya begitu gemar memilih hutanrimba sebagai 'subject matter' saya. Kenapa memilih hutanrimba? Ada pelbagai aspek dan rangkuman yang begitu saya kagum apabila berada dihutanrimba.Ciri-ciri dan aspek-aspek ini begitu sinonim dengan kehidupan seharian kita sebagai manusia. Unsur-unsur mistik umpamanya banyak terdapat dihutanrimba begitu juga unsur-unsur alam menyelubunginya. Tidaklah keterlaluan jika saya ungkapkan bahawa hutanrimbalah titik bermulanya sesebuah kehidupan didunia ini. Kita mudah mendapat ketenangan,keharmonian,keselesaan dan cabaran apabila berada dihutanrimba. Adakala kita mengalami kedamaian,terpencil dan tersendiri tatkala menikmati alam hutanrimba sesuatu yang sukar dan jarang kedapatan apabila berada didunia luar yang biasa kita lalui.


Ini merupakan peringkat permulaan saya berkarya yang mana ianya masih ditahap 10% siap dan ketika ini saya melakarkan sketsa saya secara 'monotone' dengan sentuhan strok berus bersahaja dan longgar bagi menggambarkan situasi unsur 'spritual' yang terdapat dihutanrimba. Saya cuba gabungkan unsur-unsur ini dengan elemen-elemen angin dan air. Jika diteliti dengan rapi kita dapat melihat keseragaman antara unsur-unsur itu yang diolah.Warna gelap menceritakan bermulanya sesuatu dalam kehidupan akan tetapi membawa pelbagai tafsiran dan makna. Pada kebiasaanya saya akan terus bermain dengan berus diatas kanvas dan mengikut gerak naluri saya yang diberpandukan ilham dari minda. Inilah yang dimaksudkan ekspresi jiwa. Tanpa sebarang rujukan olahan itu disempurnakan dalam masa yang singkat dan terhenti begitu sahaja. Saya cukup gemar dan terpesona dengan gerakan ini yang mana ianya begitu mengujakan diri saya. Saya begitu bersemangat ketika berkarya sesuai dengan apa yang ingin saya lontarkan keatas kanvas itu..SPIRIT yang bermaksud semangat.


Penggunaan monotone pada peringkat ini hanyalah untuk saya memperolehi jalinan cerita dan mesej yang ingin saya sampaikan selari dengan tajuk karya yang akan saya judulkan. Ianya tidak akan berhenti begitu sahaja berkemungkinan saya akan adunkan dengan warna-warna lain agar identiti karya saya tidak lari dan terdapat kesinambungannya. Ini adalah disebabkan saya lebih gemar berkarya dalam bentuk bersiri agar jalan penceritaannya mudah difahami dan diertikan.




























Khamis, 1 April 2010

CORETAN MINDA DAN PANDANGAN AZLAN 3

Biasalah kalau kita orang Melayu nak maju. Kita lakukan pelbagai usaha samaada dalam perniagaan,pendidikan,politik,kebudayaan,sukan,kerjaya maupun berbentuk peribadi.Dalam erti kata lain usaha dalam segala aspek kehidupan. Ada saja yang tak merestuinya. Biarpun kadangkala tentangan itu datang dari bangsa kita sendiri. Macam satu perangai tak boleh melihat bangsanya maju dan berjaya. Kritikan dan tomahan satu cerita. Cacian dan penghinaan satu cerita lagi.Orang Melayu memang terkenal dengan sifat hasad dengki dan iri hati. Selalunya ditujukan pada bangsa sendiri.Dengan orang lain mereka boleh bertepuk peha,boleh makan semeja dan beramah mesra akan tetapi menjadi sombong bila berhadapan dengan bangsa sendiri. Sebelum berjaya bangsanyalah tempat dia mengadu untuk mendapat bantuan dan sokongan. Apabila berjawatan tinggi segala janji lebur begitu sahaja dan dilupakan.Itu sebab ada kebenaran kata-kata pemimpin terdahulu.." Melayu mudah lupa."


..mentera Semerah Padi


Untuk mendapat sokongan pun jadi satu masalah.Belum lagi hendak pinta bantuan samaada bantuan kewangan ataupun tenaga. Macam-macam alasan yang diberikan.Yang dipinta hanya sokongan bukan wang ringgit mereka. Tu pun susah nak laksanakan apalagi kalau minta duit dari poket mereka sendiri. Sudah pasti hemburan kata-kata yang memedihkan dan menyayat hati terkeluar.

Kalau kita minta bantuan kewangan sekali pun bukannya satu masalah bagi yang meluluskan .Memang kena dan wajar tempatnya kita membuat permohonan sebab yang kita ajukan adalah institusi yang terlibat dalam hal itu. Buka duit keluarga mereka pun sampai berlakunya berbagai karenah dalam melayani permohonon itu. Apalagi kalau permohonan yang diajukan cukup memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.Mereka hanya diberi amanah untuk menjalankan dan mentadbir. Apa yang menjadi kemusyikalan adalah kalau sipemohon memang layak dari segi kredibilitinya dan kesungguhan untuk terus berkembang maju dalam usaha yang dilakukan tidak diberi peluang malah kewibawaannya dinafikan.Sebagai pentadbir dan ketua yang menerajui sesuatu pentadbiran adakala kita kena gunakan akal dan perasaan. Apalagi kalau hal-hal yang melibatkan bangsa kita sendiri. Tolak ketepi soal prinsip dan tatacara. Jika yang mengaju pertolongan itu ada kemampuan untuk melaksanakan usahanya mengapa harus ada biokrasi. Tidakkah kita yang sebangsa dengannya mahu melihat bangsa kita mundur.

Dalam soal politik lagi teruk berlaku. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Sikap pancung memancung sesama bangsa jelas kelihatan. Sepatutnya kita malu dengan bangsa lain. Kita asyik bercakaran dan cuba menegakkan pandangan kita tersendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap kekuatan bangsa kita. Kita sudah lupa dan menidakkan bangsa kita sendiri. Kita rela menindas dan berlaku kejam terhadap bangsa kita. Kita suka bila bangsa kita jadi lemah. Kita cuba menghilangkan sejarah bangsa kita dan ada niat untuk melenyapkannya dari muka bumi.Lebih akur dan megah menobatkan orang lain untuk menjadi ketua kita walhal kita dipihak majoriti. Kenapa rumah yang kita bina untuk anak cucu kita diberi satu sudut kepada mereka yang tidak ada kena mengena dengan kita. Kita selalu berfikir soal kemanusiaan. Jika hanya kita sahaja yang menitikberatkan dan mengalah sedangkan pihak yang lain menidakkan apakah perlu kita terus begitu.Kita kian terhimpit. Hak kita dipersoalkan. Biarpun segalanya mungkin berubah tetapi kita tetap berbangsa Melayu. Jatidiri kita sebagai bangsa yang mempunyai sejarah tersendiri dan kehebatannya perlulah dikuatkan. Kita harus terus bersatu dan mengembeling tenaga agar sentiasa bermuafakat dalam menangani apa jua persoalan kehidupan.Kita harus memperkasakan sikap setiakawan dalam hubungan kita sesama bangsa.


...untuk kita renungkan

Kita seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk membantu bangsa kita dan cepat perhatian.Yang dibantu pula apabila berjaya kelak jangan mudah lupa dan sepatutnya terus memberi bantuan kepada yang memerlukan. Sekiranya kita tidak mempunyai sikap dan sifat mementingkan diri bangsa kita telah lama dihormati dan disegani bukan ditakuti.Tiada yang berani menganggu gugat kesajahteraan kita.

Adakala kita bangga mempunyai kawan yang berjawatan dan berkedudukan tinggi.Akan tetapi apa realitinya kalau kawan tak mampu membantu kawan. Kita mungkin berasa kecil hati jika kita tidak dibantu sedangkan kita ada kemampuan dan mengikut saluran yang betul. Yang kita harapkan adalah sokongan dari kawan itu agar apa yang kita kehendaki terlaksana. Selalu dan kebiasaannya pasti kita gagal. Sebabnya dimasa ini banyak 'kawan yang makan kawan'.

Apakah yang akan terjadi kalau berlakunya perubahan dalam hal ketuanan dinegara ini? Mungkinkah segala apa yang kita kecapi dan nikmati dimasa kini akan terhapus? Sanggupkah kita? Fikir-fikirkanlah...Renung-renungkanlah.

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN