Bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur satu showcase seni telah diadakan pada 10-13hb Disember 2009 sempena BUY BLING-BLING MALAYSIA FAIR 09 pameran mempromisikan barangan keluaran tempatan. Sebanyak 10 booth telah diperuntukan kepada pelukis yang menyertainya. Antara yang terlibat adalah Azlan Adam, Aris Aziz & anak2 mewakili Pelukis CM dan Adeputra & The Gang mewakili Pelukis Conlay. Walaupun dari segi jualan agak terlalu lembap akan tetapi kunjungan pelawat-pelawat pameran sentiasa bertali arus. Mungkin disebabkan kekurangan promosi oleh pihak penganjur maka kesan dari segi pemasaran agak terjejas. Walau bagaimana pun ini merupakan salah satu cara yang mudah dan murah untuk mempromosikan dan memperkenalkan hasil karya pelukis tempatan kepada masyarakat. Semoga diharapkan pada masa akan datang diperbanyakkan undangan kepada pelukis-pelukis untuk menyertai mana-mana pameran disamping diberi peluang untuk mempromosikan karya mereka.

..antara pengunjung ke Artist Showcase.
..karya-karya lukisan Azlan Adam
..peminat seni lukis
...antara karya lukisan Azlan Adam yang dipamerkan
Siri-siri Virgin Jungle dan Spirit of The Jungle.
..menggunakan nama NUSANTARA ARTIST GROUP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan