KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Jumaat, 12 Februari 2010

SENI LUKIS SUATU WADAH PERJUANGAN

Bagaimana seseorang pelukis berjuang dalam bidang seni yang diceburinya? Apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh pelukis itu? Sekiranya kita mengambil contoh pada masa sebelum kemerdekaan peranan pelukis adalah menyampaikan mesej atau pesanan dalam bentuk lukisan samaada dalam bentuk kartun maupun poster. Ianya seiring dengan peranan penulis yang mengutarakan wadah perjuangan mereka melalui penulisan sedangkan pelukis menggunakan berus dan catan untuk menampakkan perjuangannya. Ada yang disampaikan secara terang dan mudah difahami maksudnya dan ada pula yang disampaikan secara tersembunyi. Akan tetapi konteks sebenar penyampaian mesej itu adalah mengisi suatu perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Perjuangan mereka adalah untuk membela bangsa dan tanahair.
Mereka berjuang secara perseorangan maupun berkumpulan.

Selepas kemerdekaan pelukis bergerak dan berjuang untuk mengisi pencanaan seni lukis tanahair. Pelbagai kumpulan pelukis diujudkan untuk merealisasikan impian pelukis-pelukis diwaktu itu untuk memertabatkan seni lukis tanahair. Mereka bergerak aktik diseluruh negara. Walaupuan tanggapan umum terhadap seni lukis agak tipis mereka tetap dengan kesungguhan mereka menghasilkan karya dan melakarkan satu evolusi dalam seni lukis tempatan. Terlalu banyak kejujuran seni pada masa itu dan penumpuan tidak pada kepentingn peribadi tetapi lebih kearah menaikkan imej seni lukis pada mata umum. Biarpun persepsi awam terlalu rendah terhadap mereka, pelukis-pelukis terlibat tetap dengan perjuangan seni mereka. Walaupun terlalu banyak rintingan dan kegetiran yang mereka alami akan tetapi mereka tetap gigih menghasilakan karya lukisan mereka. Banyak nama-nama besar pelukis tanahair lahir dalam zaman itu. Mereka berjuang dalam pelbagai aliran seni lukis.

Agak sedikit berbeza jika dibandingkan perjuangan pelukis pada masa lampau dengan masa sekarang. Dahulu segalanya serba kekurangan dan pengisian perjuangan pelukis agak serius serta jujur. Pada masa ini pelukis mempunyai pelbagai kemudahan untuk menghasilkan dan menengahkan karyanya. Segala-galanya sedia ada. Sokongan dari pihak berwajib dan masyarakat telah mula ada walaupun tidak berapa kuat jika dibandingkan dengan masa lalu. Penerimaan masyarakat terhadap seni lukis telah mula berkembang biarpun nisbahnya agak kecil. Di masa ini perjuangan pelukis bukan hanya sekadar menonjolkan seni lukis dan juga ada segelintir yang menjurus kepada perjuangan diri. Mereka berusaha untuk menaikkan nama dan karya mereka dengan menggunakan setiap peluang yang ada. Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menengahkan pelukis dan karyanya dipersada seni tempatan dan antarabangsa. Segala-galanya bergantung kepada kredibiliti dan inisiatif pelukis iti tersendiri untuk menempa kejayaan dalam bidang seni lukis. Dunia seni lukis telah habis diterokai. Tiada yang baru. Yang ada hanya memperbaiki dan mengembangkan seni lukis yang ada.

Kalau diteliti secara halus dan mendalam sesebuah karya lukisan itu adalah satu perjuangan. Perjuangan untuk menarik minat mata dan minda masyarakat agar mendekatinya. Perjuangan menyampaikan percernaan minda dan kreativiti. Akan tetapi hal ini selalu dilupakan dan tidak dititikberatkan. Hanya pelukis yang lebih ditonjolkan berbanding dengan kekuatan karya lukisan itu. Kekurangan dalam segi mentafsirkan sesebuah karya berkemungkinan menyebabkan berlakunya kelembapan dalam perkembangan seni lukis tanahair. Carilah dan selidiklah sekiranya ada maklumat atau pengkalan data yang tersimpan mengenai sesebuah karya lukisan pelukis-pelukis yang telah menempah nama di persada seni lukis tanah air. Jawapannya tiada kerana perkara ini tidak mendapat perhatian dari mana-mana pihak. Apa lebih diutamakan adalah perihal pelukis itu sendiri. Mengapa ianya terjadi? Adakah sesebuah karya lukisan itu tiada keistimewaannya sehingga penulisan mengenainya tidak dibuat?

Pada hakikatnya karya lukisanlah yang sepatutnya mendapat liputan dan pengiktirafan lebih dari pelukisnya. Seharusnya penumpuan terhadap penceritaan dan mesej karya lukisan itu perlu dititikberatkan dan diambilkira. Karya lukisan itu akan menjadi satu tatapan koleksi pada masa akan datang biarpun pelukisnya tiada lagi. Bagaimanakah untuk mengambarkan karya itu dari kacamata dan kefahaman pelukisnya sekira tiada sebarang olahan dan maklumat dicatat mengenainya? Yang mungkin terdapat adalah olahan longgar dari kacamata dan minda orang lain. Dengan konteks yang lain perjuangan karya lukisan itu terhenti dengan sendirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN