KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Rabu, 17 Mac 2010

NILAI SEBUAH KARYA LUKISAN

Apabila kita melihat sebuah lukisan disamping keterserlahan ianya di hasilkan kita juga merasa teruja akan harga atau nilai nya. Samaada mampu dimiliki atau tidak bukan menjadi ukuran kepada si pelukis. Yang penting bagi mereka adalah persepsi,tanggapan dan penerimaan orang ramai terhadap karya mereka. Hanya mungkin segelintir pelukis yang menitikberatkan harga atau nilai sesebuah karya lukisan mereka. Ini adalah sekadar satu penanda aras bagi memaklumkan kepada pasaran lukisan. Adakah harga yang ditawarkan itu memadai atau tepat nilainya pada karya itu? Disini hasil karya sesebuah lukisan itu dianggap satu jenama atau produk maka perlulah diianya diletakkan harga agar diketahui umum sekira ada yang minat untuk memilikinya.

Harga atau nilai sesebuah karya bukan hanya bergantung kepada hasil kerja,kehalusan,tersendiri maupun impaknya akan tetapi bergantung juga kepada kehendak pasaran. Bagi pelukis yang peka akan kehendak dan permintaan pasaran hasil karya mereka mudah dipasarkan. Selain itu harga yang ditawarkan begitu memadai dan mampu oleh kebanyakkan orang juga memainkan peranan penting bagi permintaan yang tinggi serta berterusan. Hanya pelukis yang mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan karya lukisannya meletakkan harga yang tinggi oleh kerana disebabkan ketidakmampuannya untuk menghasilkan lukisan yang banyak dalam sesuatu jangkamasa. Adakah ini satu ukuran untuk menentukan harga sesebuah karya? Apakah ciri-ciri bagi menentukan nilai atau harganya?

Mungkin beberapa aspek boleh diambilkira oleh pelukis untuk menentukan harga bagi lukisannya diantara adalah :
                               1. Kualiti kerja
                               2. Jangkamasa
                               3. Ketelitian dalam penghasilan
                               4. Pendedahan pelukis
                               5. Keunikan karya
                               6. Penerimaan pasaran
                               7. Mesej yang mudah difahami

Adakala harga sesebuah karya lukisan itu bergantung kepada nilai estitika yang terdapat padanya. Penentuan harga adalah sesuatu yang terlalu subjektif disebabkan perbezaan dua bentuk pasaran iaitu pasaran tempatan dan pasaran terbuka antarabangsa. Kebanyakkan harga pelukis tempatan terlalu rendah dan ketidaksaksamaan jika dibandingkan pada harga pelukis lain didunia. Ada segelintir pasaran lukisan yang terlalu menitikberatkan harga sesebuah lukisan. Jika lukisan itu mampu mempamerkan sesuatu yang begitu terserlah dimata dunia walhal harganya dibawah nilai sebenar lukisan itu berkemungkinan ia tidak mendapat perhatian atau permintaan. Dilain maksud ianya tidak laku disebabkan jurang pemisah antara harga dan kualitinya.

Di Malaysia amnya hampir kebanyakkan karya lukisan pelukis memiliki nilai dan kualiti yang baik. Akan tetapi harga yang ditawarkan terlalu rendah dan ini mungkin menyebabkan permintaan keatasnya agak lembap selain dari kekurangan sokongan.

Kita tidak ada pengkritik karya lukisan. Kita juga tidak ada penilai lukisan. Selain itu kita tidak ada sokongan dari sudut insuran. Rata-rata kebanyakan lukisan yang dibeli diinsurankan dibawah kategori harta dan bukan harta intelek. Adakah ini sesuatu yang baik terutama dari sudut menaikkan nilai sesebuah lukisan? Lukisan akan hanya dibeli atau dimiliki semata-mata sebagai koleksi dan bukan sebuah pelaburan. Kenapa begitu?

Perkembangan seni lukis tempatan tidak akan mampu pergi jauh jika kesemua ini tidak dititiberatkan dan diambilkira dengan serius. Sekali lagi penglibatan pihak tertentu untuk memastikan seni lukis sebagai suatu industri adalah diperlukan. Nilai sesebuah lukisan tidak pernah turun atau dibawah paras sebenarnya akan tetapi keadaan ekonomi seseorang pelukis adakala menidakkan hal ini. Pelukis perlu hidup dan meneruskan kerjayanya.

Tanyalah pelukis maka anda akan dapat jawapannya. Kenali pelukis dan cara hidup serta pandangannya terhadap kehidupan. Mungkin anda teruja dan tersentuh. Pelukis berjiwa halus dan sensitif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN