KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Jumaat, 12 Februari 2010

ALIRAN DALAM SENI LUKIS TEMPATAN

Kalau kita berbicara pasal seni lukis dan intipatinya ianya bolehlah di tafsirkan sebagai satu rakaman peristiwa yang di lakar dan di olah dengan menggunakan catan serta menurut kredibiliti dan gaya pelukis yang membuatnya. Pelbagai maksud dan pengertian yang terkandung dalam penceritaan lukisan itu. Cara lukisan itu di olah umpamanya adalah suatu penampilan yang tersirat. Sekiranya olahan itu mengunakan kaedah dan warna yang lembut dan menarik hati berkemungkinan penyampaian mesejnya adalah berupa sesuatu yang berhamonis dan sentimental. Manakala sekiranya ia di olah dengan menggunakan kaedah yang kasar dan tidak teratur serta warna yang garang berkemungkinan penyampai mesejnya berupa teguran,sindiran atau protes. Adakalanya pula maksud dan pengertian olahan itu berlawanan dengan yang diperjelaskan tadi. Setiap aliran atau cabang seni lukis mempunyai cara yang tersendiri dari segi penyampaian mesejnya.

Dalam lukisan realistik umpamanya setiap olahan adalah mengikut keadaan sebenar perkara pokoknya atau subject matter. Lukisan potret adalah penyampaian seni rupa yang sebenar. Di sini ianya dilukis seolah2 menyamai paras rupa yang asli. Rakaman yang dibuat adalah berpandukan gambar atau model sebenar di hadapan pelukis. Kekuatan pelukis adalah bagaimana potret ini dapat diterima oleh orang yang melihatnya Manakala dalam melukis pemandangan pelukis akan meniru serupa dengan keadaan subjeknya.

Aliran abstrak pula penyampaian mesejnya adalah mengikut naluri dan kefahaman pelukis itu sendiri. Mesej yang ingin disampaikan tersembunyi dan terselindung disebalik warna yang di gunakan,cara pengolahan dan teknik melukis serta gabungan beberapa kaedah yang lain. Adakalanya lukisan ini terlalu sukar difahami dan memerlukan penelitian yang rapi dan halus sehinggalah dapat memperolehi isi kandung mesejnya. Jangkamasa untuk memahami lukisan ini kadangkala mengambil waktu yang lama biar pun lukisan ini di lihat berkali-kali.

Aliran surrelist pula menampilkan sesuatu yang tidak ujud di muka bumi tetapi cuba ditonjolkan oleh pelukis menurut cara dan daya imiginasinya. Lukisan yang di hasilkan selalunya bertentangan dengan apa yang pernah di lihat dan ujud. Kekuatan yang ada pada lukisan ini adalah cara mesej yang ingin di sampaikan dan ditonjolkan.

Berbeza dengan aliran karikatur atau kartun penyampaian mesejnya dalam bentuk sindiran,pesanan,humor mau pun teguran. Subjeknya berpandukan kepada realiti dan diolah mengikut keadaan semasa. Ada pula yang ingin ditonjolkan berupa sesuatu imaginasi atau mainan minda tetapi mampu meletakkan realiti samaada pada kini atau pun masa akan datang.

Aliran naive adalah satu bentuk lukisan yang asasnya adalah terjemahan yang pada kebiasaannya diolah oleh kanak2 atau pun mereka yang kurang faham mengenai seni lukis. Apa yang mereka nampak di terjemahkan dalam bentuk lukisan berpandukan kepada kefahaman mereka sendiri. Ini sebenarnya adalah permulaan sesebuah karya lukisan dalam kehidupan seorang pelukis. Penyampaian mesejnya terlalu lurus,senang dan mudah difahami. Ianya adalah suatu kebenaran dalam seni lukis tanpa sebarang pengubahsuaian maupun diperbarui mengikut fahaman dan fikiran orang lain. Dalam aspek seni lukis sesuatu mesej yang ingin disampaikan dengan mudah difahami dan tidak kompleks adalah kekuatan karya lukisan itu.
Ada beberapa lagi aliran dan cabang seni lukis yang tidak diperjelaskan sebab ianya kurang aktif dan dipraktikkan dipersada seni lukis tempatan.

Dalam apa jua sekali aliran atau cabang seni lukis sekalipun segalanya terletak dan bergantung kepada bagaimana pelukis mengolahkannya mengikut kehendak dan kefahamannya memahami sesuatu subjek dan mesej ingin disampaikan. Ada mesej disampaikan dengan jelas dan mudah difahami tetapi ada pula yang terselindung dan tersirat. Kebiasaannya hanya pelukis sahaja yang mampu menceritakan apa yang sebenar yang ingin di sampaikan dan di tonjolkan dalam karyanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN