KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Sabtu, 6 Februari 2010

KEPRIHATINAN TERHADAP SENI LUKIS

Terlalu banyak persoalan bermain di benak fikiran kita apabila diajukan pertanyaan mengenai seni lukis. Yang kerap didengar sudah tentulah perihal kefahaman awam terhadap seni lukis. Kekurangan ilmu mengenai seni lukis mungkin sebab utama seni lukis terpinggir dari mata masyarakat Malaysia. Adakah itu kebenarannya? Senerio seni lukis di negara kita terlalu dingin dan hambar akan sambutannya. Pelukis dan penggiat seni ini masih termangu-mangu dan terkial-kial untuk mempromosi serta memperkenalkan hasil karya mereka. Rata-rata menghadapi kesukaran untuk terus maju dalam kariernya. Hanya segelintir kelompok yang masih mampu bertahan di persada seni lukis tanahair.

Selain dari hal kefahaman aspek kemampuan untuk memiliki atau membeli karya asli pelukis juga diantara sebab lain yang membuatkan bidang seni lukis ini jauh ketinggalan dari segi sokongan masyarakat. Tidak semua orang mampu membeli dan memiliki karya asli pelukis. Ini mungkin disebabkan lukisan bukanlah satu produk pilihan dalam hidup mereka.

Ada juga segelintir masyarakat di Malaysia ini masih memandang rendah terhadap hasil seni anak watan sendiri. Mereka masih mengagung-agungkan karya pelukis bangsa lain. Pada mereka pelukis-pelukis bangsa lain lebih maju dan matang dalam penghasilan karya. Jika mereka tidak mampu memiliki karya asli pelukis berkenaan sekalipun mereka akan cuba mendapatkannya dalam bentuk cetakan. Setidak-tidaknya bagi mereka ada memiliki karya tersebut walaupun adakala harga cetakan itu lebih mahal jika dibandingkan dengan harga karya asli pelukis tempatan. Mengapa ini boleh terjadi? Adakah disebabkan prestij atau kefahaman seni? Apa bezanya diantara karya pelukis tempatan dan pelukis negara lain? Sepatutnya kita harus peka akan seni itu sendiri. Seni itu berjiwa dan untuk mendapatkan hasil seni yang sedemikian kita perlu meniliti kekuatan bangsanya pelukis itu. Disebalik setiap karya lukisan terkandung peribadi pelukisnya.

Sekali lagi campur tangan pihak-pihak yang terlibat didalam perencanaan dan kemajuan seni lukis tempatan diperlukan. Mereka seharusnya mengemudi dengan apa cara sekalipun untuk mempromosikan seni lukis kepada masyarakat di Malaysia. Usaha-usaha begitu perlu dilakukan berterusan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Sebenarnya seni lukis tempatan adalah satu kegiatan yang besar serta mampu menjana pendapatan yang begitu lumayan samaada kepada pelukis dan penggiatnya maupun pada negara. Satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk memertabatkan seni lukis tempatan sebagai satu industri. Sokongan dari pelukis-pelukis dan penggiat-pengiatnya perlu ada. Juga dari kelompok cendiakawan seni lukis perlu bersatu untuk merealisasikan usaha ini.

Pendedahan kepada masyarakat mengenai seni lukis mesti diadakan tanpa henti agar mereka tahu dan faham akan bidang ini. Segmen perihal seni lukis tempatan di media massa perlu dujudkan setidak-tidaknya seminggu sekali dan sebaik-baiknya setiap hari agar keberkesanan untuk menengahkannya pada masyarakat berhasil. Pelukis-pelukis dan penggiat seni diperkenalkan pada umum agar masyarakat tahu mengenai mereka sama seperti mana juga usaha mempromosikan artis-artis hiburan dan persembahan di lakukan. Kita perlukan masyarakat yang celik seni lukis untuk menjadikan seni lukis itu satu industri.

Apa jua yang akan dilakukan dan diambil kira untuk memajukan seni lukis dipersada seni tempatan pokok utamanya adalah pelukis yang terlibat. Segala-galanya terletak dibahu pelukis itu samaada untuk terus maju dalam kariernya atau sebaliknya. Pelukis harus sedar akan tanggungjawab mereka didalam memertabatkan seni mereka. Kemana arah yang mereka akan lalui dan halatuju hanya pelukislah yang layak menentukan. Hanya pelukis yang ada jawapannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN