KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Rabu, 3 Februari 2010

CITARASA TERHADAP SENI TAMPAK-LUKISAN

Apabila kita berbicara mengenai seni, tumpuan utama masyarakat terutama di Malaysia ini adalah seni persembahan yang merangkumi nyanyian,muzik,lakonon dan tarian. Mereka lebih terpesona dengan seni persembahan ini kerana ianya dapat memberikan keseronokan dan hiburan serta sanggup mengeluarkan belanja untuk memperolehi
apa yang mereka kehendaki. Adakalanya mereka sanggup mengenepikan hal-hal lain asalkan persembahan seni ini mendapat keutamaan dalam hidup mereka. Paling ketara adalah seni persembahan yang ditayangkan di media massa terutama media elektronik. Kegilaan kelompok remaja terhadap seni persembahan lebih menonjol dari golongan masyarakat yang lain. Merekalah peminat dan penyokong utama seni persembahan seperti nyanyian dan muzik serta ada yang menjadikan artis-artis itu sebagai idola mereka. Kalau kita teliti lebih mendalam siapakah yang sebenarnya berjaya menambat golongan ini? Apakah rasionalnya untuk kita mendapatkan hiburan dan keseronakan dengan terpaksa mengeluarkan belanja tanpa memperolehi sebarang pulangan? Adakah sebenarnya masyarakat yang seharusnya menjadi idola kepada penggiat seni persembahan dan bukan sebaliknya? Ini kita ambil kira dari sudut perkembangan seni itu. Mampukah seseorang penggiat seni persembahan bertahan dipersada seni tanpa sokongan peminat? 

Berbanding dengan seni tampak terutamanya lukisan, minat masyarakat Malaysia terhadap bidang ini terlalu menipis. Rata-rata kebanyakkan mereka suka akan lukisan tapi tidak mahu mengeluarkan belanja untuk memperolehinya walaupun harga sebuah lukisan itu mampu mereka biayai. Mereka lebih gemar memilih cetakan, poster atau gambar sebagai penghias kediaman atau pejabat mereka. Bagi sesetengah masyarakat berbelanja untuk mendapatkan sekeping lukisan adalah membazir jika dibandingkan terhadap kegemaran mereka pada seni persembahan. Apakah yang sebenarnya yang menjadikan sambutan masyarakat begitu dingin terhadap seni lukis? Jika ada yang meminati lukisan bilangan mereka ini boleh dicongak dengan jari. Dimana sahaja jika ada yang memperagakan hasil karya lukisan asli ianya mendapat perhatian sekali imbas dari masyarakat. Jarang diketemui masyarakat di Malaysia ini berkerumun untuk melihat sesebuah karya lukisan.

Selain dari itu jika diteliti dari sudut yang meminati lukisan kebanyakkan mereka lebih cenderung  kepada potret,realist dan abstrak walhal cabang seni tampak ini terlalu luas. Masyarakat di Malaysia umumnya suka kepada sesuatu yang cantik dan sedap mata memandang. Begitu juga kesukaan mereka kepada lukisan. Mereka akan memilih sesebuah lukisan yang senang mereka fahami mesej dan subjeknya tanpa memening fikiran mereka. Terlalu sedikit dari kelompok masyarakat yang meminati lukisan meluangkan masa mereka untuk menghayati sesebuah karya lukisan. Jika mereka mampu memilikinya sekalipun lukisan tersebut hanya menjadi bahan peraga dan penghias ruang. Kebanyakkan yang membeli lukisan adalah disebabkan oleh beberapa faktor :-

          1. Sesuatu yang begitu nostalgia dan mengimbau
               kenangan
          2. Sebagai bahan catatan dan rekod
          3. Penghias ruang dan sudut
          4. Pengumpul atau kolektor lukisan
          5. Prestij dan kebanggaan

Di Malaysia sokongan dari institusi-institusi kewangan untuk menginsurankan dan mengkategorikan karya lukisan sebagai harta intelek tidak ada sama sekali. Sebaliknya kebanyakkan pembeli dan pemilik lukisan tersebut menginsurankannya sebagai sebahagian dari asset. Tiada sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk berbincang dengan pihak yang terlibat agar lukisan ini diterima pakai sebagai harta intelek dan boleh diinsurankan dalam kategori tersebut. Jika karya lukisan masih tidak diterima insurannya dalam kategori yang dinyatakan maka perkembangan dan nilai tambahan karya itu tidak dapat ditentukan.

Selain dari itu kekurangan dan mungkin ketiadaan langsung pengkritik lukisan ditanair kita yang mana kehadiran mereka akan menguatkan lagi bidang seni lukis tempatan. Pelukis di Malaysia tidak berpeluang untuk menimba pengalaman dan tidak mengetahui kekuatan serta kelemahan pada karya mereka disebabkan tiada penilai yang bertauliah. Masing-masing akan beranggapan bahawa karya mereka adalah hebat. Apalagi jika tulisan mengenai mereka sering terpampang didada akhbar tempatan. Seluruh pelosok tanahair akan mengetahui mengenai aktiviti-aktiviti mereka. Kebanyakkan wartawan dan penulis rencana mengenai seni lukis diakhbar tempatan tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan mengenai lukisan. Rata-rata akan menerima pakai segala apa yang disuarakan oleh pelukis itu. Mereka lebih cenderung untuk mempromosikan pelukis dan bukan berbicara mengenai hasil karyanya.

Ketiadaan kepekaan pelukis dalam hal yang bersangkut paut dengan mutu hasil karya mereka lambat laun akan menjejaskan usaha mereka untuk terus maju dan berkembang. Mereka tidak akan sedar akan adanya kelemahan dan kepincangan dalam karya mereka disebabkan terlalu banyak mendapat sanjungan dan pujian dari pihak-pihak yang tidak tahu secara mendalam hal-hal seni lukis dan perkembangan semasa. Persada seni lukis Malaysia memerlukan pengkritik seni lukis yang berwibawa demi untuk memertabatkan karya lukisan pelukis tempatan diperingkat global.

Persoalan didalam hal ini hanya pelukis yang terlibat perlu memikirkan tindakan seterusnya. Apa yang akan terjadi kepada dunia seni lukis Malaysia pada masa akan datang hanya pelukislah yang dapat  dan berhak menjawabnya. Setiap sesuatu yang positif dan negatif didalam seni lukis tempatan terletak dan bergantung pada inisiatif pelukis itu tersendiri. Merekalah penggeraknya. Kerjasama dan sokongan diantara penggiat seni persembahan dan penggiat seni lukis perlu dijalinkan seiring dan saksama. Secara tidak langsung kekuatan kedua-dua bidang seni ini akan terus dicapai dan dinikmati oleh penggiatnya. 

4 ulasan:

  1. bang,boleh besarkan sikit tulisan diblog ini? kecil sangat. payah membacanya.

    BalasPadam
  2. Sebilangan pengendali bidang ini bukan bekerja atas niat yang tulus.

    BalasPadam
  3. Kepada penataseni saya akui atas ulasan tuan itu. Sebilangan penggiat dan pengendali bidang ini rata-rata adalah ' pemusnah ' dan ' pengkhianat ' seni lukis tempatan. Yang menjadi mangsa adalah PELUKIS sendiri tetapi ada juga segelintir pelukis yang sedemikian rupa disebabkan rasa tamak dan haloba yang sentiasa menjiwai diri mereka. Harap tuan akan terus mengikut blog saya dan memberi ulasan tuan selanjutnya. Semoga maju jaya. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Terima kasih Tuan Abdullah Jones atas ulasan tuan. Saya telah pun memperbesarkan tulisan saya. Semoga ianya memudahkan tuan dan diharap tuan akan terus membaca blog saya serta memberi ulasan sewajarnya.

    BalasPadam

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN