KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Isnin, 8 Februari 2010

TEMA KARYA : SPIRIT OF THE JUNGLE

Spirit of The Jungle adalah merupakan tema terbaru bagi karya-karya lukisan Azlan Adam. Ini  adalah kesinambungan tema-tema Virgin of Jungle dan Soul of The jungle, rentetan kepada siri MINDSKETCHING. Hutanrimba masih menjadi pilihan kepada beliau untuk terus berkarya dan menghasilkan lukisannya. Pengalaman beliau didalam hutanrimba selama lebih 20 tahun dijadikan panduan untuk beliau melakarkannya keatas kanvas. Baginya hutanrimba banyak mengajar beliau mengenai kehidupan dan alam semulajadi. Keindahan hutanrimba yang begitu menyejukkan mata dan mendamaikan jiwa setiap yang mengunjungi membuatkan Azlan begitu teruja untuk mencoretkan pengalamannya kedalam bentuk lukisan.

Hutanrimba yang mempunyai pelbagai khazanah didalamnya menyimpan banyak rahsia samaada bagi yang nyata maupun yang mistik. Meneroka alam semulajadi hutanrimba adakalanya mendatangkan 'keseraman' dan 'ketakutan' bagi yang tidak biasa mendampinginya apatah lagi bagi yang baru pertama kali menjejakkan kaki disitu. Derauan air terjun dan aliran air sungai begitu menghiburkan disamping bunyi-bunyian dari unggas serta penghuni hutanrimba. Mentafsirkan kehidupan alam hutanrimba kepada bentuk lukisan abstrak memerlukan pengamatan dan penghayatan yang mendalam. Setiap elemen-elemen dan unsur-unsur yang terdapat didalam hutanrimba perlu diambilkira bagi menggambarkan keseluruhan jalan penceritaannya.

Spirit atau semangat adalah sebahagian dari elemen yang terdapat didalam hutan. Suasana yang begitu tenteram dan mengasyikkan apabila berada didalam hutanrimba kadangkala menimbulkan keresahan kepada kita. Perasaan takut dan gementar sentiasa menyelubungi kita. Semangat tanah,semangat tempat dan semangat tumbuhan umpamanya seringkali memberi tanggapan negatif kepada yang mengunjungi hutanrimba seolah-olah kehadiran kita seperti diperhatikan . Selain dari itu ada ketikanya semangat-semangat ini mempelawa kita untuk menziarahi tempat tersebut berulang kali. Kita seperti telah jatuh cinta dengan keadaan dan persekitaran hutanrimba tersebut.


..siri Soul of The jungle                                          ..siri Spirit of The jungle









    
  
                                                                            
Untuk mengolahkan semangat atau spirit keatas kanvas adalah sesuatu yang luarbiasa disebabkan kita tidak pasti bagaimana rupa bentuknya. Bagi Azlan untuk menampakkan ciri semangat tersebut beliau menggunakan sentuhan brushstrokes bersahaja,garisan dan renjis tangan. Warna-warna yang lembut dan menyejukkan masih digunakan untuk mencerminkan situasi sesebuah hutanrimba. Beliau juga masih mengekalkan penggunaan pelbagai warna berulang-ulang dan berlapis bagi menunjukkan perubahan persekitaran dan cuaca dihutanrimba. 

Pada pandangan peribadi Azlan siri-siri karya lukisannya yg bertemakan hutanrimba begitu menyeronokkan perasaan dan hatinya. Beliau bebas meluahkan keinginan dalamnya secara spontan tanpa perlu mengikut tatacara maupun peraturan-peraturan dalam seni lukis. Yang utama bagi beliau adalah kemampuan untuk mengekspresikan nalurinya dapat dijayakan dengan baik sekali serta memberi beliau suatu kepuasan dalam berkarya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN