KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Selasa, 9 Februari 2010

CORETAN MINDA DAN PANDANGAN AZLAN 1

PERTAHAN HAK TANPA KOMPROMI


" Kalau kita lihat akhir-akhir ini orang mula mempertikai, malah memperlekeh hak dan kedaulatan Melayu. Perkara 153 dalam Perlembagaan pun orang berani hujah. Ini yang patut kita pertahankan. Kalau kita diamkan,lama-lama nanti orang berani pijak kepala kita "
- Datuk Ibrahim Ali
( petikan berita dari akhbar Sinar Harian bertarikh 8hb Februari 2010,Selasa )


Seharusnya perkara ini membuatkan kita peka dan ambil berat. Lebih diberi perhatian.Terlalu sedih dan merobek jiwa bila direnungkan dalam-dalam. Melayu,bangsa yang penuh adat resam dan budaya. Orang melayu bersopan santun. Orang melayu berbudi bahasa,ramah dan senang didampingi. Orang melayu bersikap pemaaf,suka merendah diri. Tahu menghormati dan menyanjungi perasaan serta hati orang lain. Orang melayu berhemah,tidak bertindak terburu-buru. Sentiasa bermuafakat untuk mengatasi sebarang masalah dan kerumitan. Suka bermasyarakat. Suka membantu dan saling tolong menolong antara satu sama lain tanpa memikirkan darjat dan keturunan.

Sejak dari kecil lagi anak-anak bangsa melayu diasuh dan dididik dengan adat resam dan budaya orang melayu tinggalan nenek moyang mereka.Tidak hairanlah kalau orang melayu itu bersikap lemah lembut,menjalani kehidupan yang berlandaskan aturan dan tatasusilanya. Orang melayu memang diajar untuk tidak cepat melenting,banyak bersabar serta mudah berkompromi bila mengatasi dan menyelesaikan sebarang kemusyikalan dalam kehidupan. Mana-mana manusia ada had dan batasan dalam prinsip hidupnya apatah lagi melibatkan maruah bangsanya sendiri. Sejinak-jinak ayam di reban  akan mematuk jua bila kelaparan. Begitu juga pada orang melayu.

Hak ketuanan Melayu mula dicabar. Yang mula memperlekehkannya bukan orang lain tetapi orang melayu itu sendiri. Orang lain mengikut sahaja. Kalau ada yang melakukannya ada orang melayu di belakang mereka yang jadi dalangnya. Hari ini orang melayu telah mula menidakkan kebolehan orang melayu sendiri. Mereka bangga menghina bangsa dan turunan mereka sendiri. Mereka lupa akan asal usul mereka disebabkan ada kepentingan peribadi. Mereka sanggup menghasut orang sebangsa dengan mereka untuk menghancurkan bangsa sendiri. Agenda mereka hanya untuk memecah belahkan orang melayu kerana mereka tahu orang melayu terlalu kuat dan utuh bila bersatu. Mungkin mereka telah mengkaji cara bagaimana penjajah terdahulu 'memalaskan' orang melayu dan menjadikan mereka 'tuan'. Kesan penjajahan mengakibatkan hak dan kepunyaan orang melayu sedikit demi sedikit bertukar tangan dan hakmilik. Ini akan mungkin berulang seandainya ada orang melayu yang ingin menjadi penjajah pada bangsanya sendiri. Orang melayu telah tahu dan mula bertelagah sesama sendiri digelanggang yang ditonton oleh orang lain. Mereka mempertawakan 'kebodohan' sengketa adik beradik ini kerana faham akan bidalan melayu.." air dicincang tak akan putus ". Kelompok masyarakat melayu yang dulunya besar secara tidak langsung menjadi kecil akibat dipecahbelahkan. Melayu masih tidak sedar. Orang melayu sudah mudah untuk dihasut dan termakan pujuk rayu. Orang melayu telah mula menolak tepi pemikiran waras mereka untuk mengadili sesuatu berita atau cerita. Benarlah kata-kata pemimpin terdahulu..MELAYU SUDAH LUPA. Kesan akan perpecahan ini mampu menghancurkan dan melenyapkan bangsa Melayu dari muka bumi.

Memetik dari kata-kata hikmat Laksamana Hang Tuah.." Tak Hilang Melayu di dunia"..mungkin ada kebenaran dan tidaknya.
Hang Tuah berkemungkinan merujuk melayu itu bukan pada bangsa tetapi dari segi istilah dan pengertiannya. Melayu disini adalah dari bahasa Jawa yang bermaksud lari. Apa yang dimaksudkan lari itu adalah perubahan pada diri atau dalam bahasa Arabnya bermaksud HIJRAH. Kita disarankan agar "lari" dari kemiskinan dan berusaha untuk memajukan diri dari sudut ekonomi.Kita juga suruh untuk lari dari kebodohan dan kejahilan dengan melengkapan diri kita dengan ilmu-ilmu agar kita dapat mengharungi kehidupan kita penuh bermakna. Dengan adanya ilmu pemikiran kita akan lebih matang dan berwibawa. Keseluruhannya maksud melayu itu adalah berubah kepada sesuatu yang lebih berfaedah dan memunafaatkan kita. Apabila kita telah bersedia "memelayukan" diri kita maka jadilah kita satu bangsa yang agung dan dihormati. Inilah yang dimaksudkan " Tak melayu hilang didunia " kerana manusia sentiasa mengalamai perubahan.

Sekiranya pandangan ini ada kebenarannya tidak mustahilkah akan terhapus dan lenyapnya BANGSA MELAYU dari muka bumi ini? Kita dilahirkan dan dilengkapkan dengan akal serta fikiran. Gunakanlah sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN