KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Ahad, 31 Januari 2010

RAGAM PELUKIS

Persoalan utama yang selalu bermain dan berlegar diminda seorang pelukis adalah kenapa beliau memilih bidang itu sebagai kerjayanya. Adakah bidang ini mampu memberi penghidupan atau dilain perkataan mampukah bidang ini menjana pendapatan? Sering kedengaran dari mulut umum adalah persoalan..boleh cari makan kah dengan menjadi pelukis? Apakah wajar menjadi pelukis disenerio seperti di Malaysia ini kerana bidang seni lukis tidak mendapat perhatian apalagi memperolehi pengiktirafan dari masyarakat? Apakah jenis atau bentuk lukisan yang mendapat perhatian dan permintaan dari orang ramai? Lukisan apakah yang disukai ? Terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti dan dikaji demi untuk menjawab persoalan-persoalan diatas. Antaranya adalah seperti berikut :-

       1. Bukan semua orang mampu menjadi pelukis yang tulin dan sejati.
       2. Kekuatan pelukis samaada dari segi mutu karya lukisannya dan juga kematangan
           pemikiran serta luas ilmu pengetahuan.
       3. Daya kreativiti dan kelebihan berfikir cara positif.
       4. Kecekalan hati menghadapi setiap rintangan dan dugaan hidup.
       5. Mampu merealisasikan kehendak umum dan menepati citarasa mereka.
       6. Penonjolan dan memperkasakan kelebihan pelukis.

Perlu diingat bahawa bukan semua manusia yang dilahirkan dimuka bumi ini mampu membuat lukisan yang benar-benar menambat hati yang melihatnya. Memanglah semua manusia boleh melukis akan tetapi apakah lukisan yang dibuatnya itu boleh memberi kepuasan kepada yang memandangnya. Mesej atau jalan cerita yang cuba diolahkan didalam lukisan itu pastinya sukar difahami . Ini disebabkan oleh kurangannya kepekaan terhadap subjek yang dilukis. Jalan ceritanya bersimpang siur dan akhirnya memberi impak yang longgar terhadap yang melihatnya.

Untuk menjadi seorang pelukis yang benar-benar dapat menambat hati orang ramai dengan karya lukisannya beliau perlu mempunyai kekuatan untuk melahirkan sebuah karya lukisan yang bermutu samaada dari segi olahan teknik, penggunaan warna, mesej dan subjek yang diketengahkan serta juga mampu membuat orang ramai berfikir akan karyanya. Seorang pelukis harus peka dengan persekitaran dan lengkap dengan maklumat-maklumat terkini. Dilain perkataan seorang pelukis telah bersedia untuk menangani apa jua persoalan yang akan diketengahkan oleh masyarakat apabila beliau melahirkan sesebuah karya lukisan.

Seorang pelukis perlu menyiapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu seni lukis dan ilmu ekonomi kerana mereka akan berhadapan dengan berbagai ragam manusia. Sekiranya seorang pelukis itu cerdas mindanya, kreatif pemikirannya dan lebih cenderung kepada yang positif sudah tentu jelas dapat dilihat dari karya lukisan yang dihasilkan. Tentu beliau dapat menghasilkan pelbagai lukisan dalam apa cabang seni tampak sekalipun tanpa terkial-kial mencari subjek atau motif yang ingin diketengahkan.

Jika dibandingkan dengan kerjaya-kerjaya yang lain, menjadi seorang pelukis adalah satu kerjaya yang begitu mencabar terutama yang memilihnya sebagai kerjaya tetap dan melaksanakannya secara bersendirian. Yang paling ketara dihadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan rezeki dan juga kerap mengharungi kehidupan yang berliku dan perit. Ini adalah diantara rintangan dan halangan yang perlu dialami oleh mereka yang memilih pelukis sebagai bidang kerjaya. Tanyalah pada semua pelukis yang ada dimuka bumi ini. Rata-rata akan mengiyakan pendapat ini. Kesukaran untuk mendapatkan pasaran dan juga permintaan dari orang ramai adalah sebahagian dari sebab yang menyebabkan seorang pelukis menghadapi kesukaran dalam hidup. Oleh sebab itu seorang pelukis harus menengahkan dirinya samaada mempromosikan dirinya maupun menonjolkan diri dimedia massa agar diketahui umum. Langkah-langkah proaktif untuk terus maju kehadapan perlu diambilkira dan dilaksanakan.

Seorang pelukis juga perlu peka kepada kehendak orang ramai dan mampu menepati citarasa mereka didalam melahirkan karya lukisannya. Aspirasi umum akan membuat seorang pelukis bersedia menangani apa jua persoalan didalam merealisasikan kehendak orang ramai terutama yang berkehendakkan kerja-kerja tempahan lukisan. Pelukis perlu sedar bahawa masyarakat adalah pasaran mereka. Jika ada pelukis yang tidak menghormati kehendak masyarakat maka beliau sendirilah yang mengkuburkan kerjaya mereka. Pelukis tidak mampu bergerak sendiri tanpa mendapat sokongan dari sekelilingnya. Pelukis perlu akur dengan persekitaran. Seorang pelukis yang ingin berjaya dalam perjalanan seninya mesti bersiap sedia dengan apa jua kehendak umum.
Pelukis tidak akan mampu bertahan lama dipersada seni tampak sekiranya beliau tidak mahu melakukan perubahan dan penginjakan paradigma selaras dengan perkembangan semasa.

Siapa jua pelukis itu samaada yang telah lama berada dipersada seni tampak maupun yang baru, jalinan hubungan antara kelompok pelukis perlu ada. Setiap pelukis mesti bersikap mau berjaya,terbuka dan berkongsi pendapat dengan rakan pelukis yang lain. Yang telah lama berkecimpung didalam dunia seni lukis perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada yang baru. Yang masih mentah dan baru mula berjinak dengan seni tampak hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan tunjuk ajar dari yang lebih arif. Sekiranya terdapat jalinan hubungan mesra ini maka tidak hairanlah disuatu masa nanti persada seni tampak tanahair mempunyai kekuatan barisan pelukisnya yang maju dan berdaya saing diperingkat antarabangsa.

Kesemua persoalan pokok ini mampu dijawap oleh pelukis sendiri. Pelukislah yang layak memberi pendapat kerana meraka yang memahaminya. Dunia seni tampak adalah dunia mereka dan arah hala tuju merekalah yang menentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN