KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Jumaat, 16 April 2010

SKETSA-SKETSA 2

Sketsa adalah ilham yang mendatang dan bukan sesuatu yang yang sengaja dirancangkan atau diadakan. Setidak-tidaknya seseorang pelukis ada sedikit sebanyak garis panduan tentang apa yang ingin dilakarkan serta mesej yang akan disampaikan. Ada sketsa berpandukan idea dan juga ada sketsa yang berpandukan motif atau 'subjek matter' yang sedia ada. Akan tetapi sebagai pelukis abstrak kebanyakkan idea yang saya perolehi adalah secara spontan dan ini  perlu dicatat segera diatas media agar ianya tidak padam dari ingatan. Sketsa juga sebagai penjana idea untuk karya yang akan datang walaupun adakalanya ianya tidak diikut secara sepenuhnya cukup sekadar pengerak atau pencetus minda apabila ingin memulakan sesuatu karya yang baru.



Adakalanya sesebuah sketsa tidak mempunyai tajuk atau tema akan tetapi ia akan menjadi lebih bermakna sekiranya telah diberi tajuk atau tema terlebih dahulu. Jika seorang pelukis membuat lukisan secara bersiri ini amat diperlukan agar karya-karya yang akan dihasilkan mempunyai kesinambungan dan rentetan. Secara ringkas jika seseorang pelukis ada membuat sketsa-sketsa terlebih dahulu maka peminat senilukis akan senang memahami jalan penceritaan karyan yang dibuat kerana adanya catatan yang telah dibuat. Oleh sebab itu sketsa tersebut amat diperlukan. Ada segelintir peminat seni mengikuti secara dekat akan perkembangan dan perjalanan senilukis seseorang pelukis yang diminatinya. Pelukis yang melazimkan dan memperbanyakkan membuat sketsa adalah seorang pelukis yang sentiasa ingin memajukan hasil kerjanya. Dengan demikian seorang pelukis akan secara tidak langsung sentiasa melakukan latihan dan memperbaiki apa jua kelemahan beliau dalam menghasilkan karya yang baru.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN