KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Selasa, 27 April 2010

CORETAN MINDA DAN PANDANGAN AZLAN 4

Kebelakangan ini masaalah gejala sosial terutamanya dikalangan remaja Melayu terlalu membimbingkan. Ada sahaja berita dan perkhabaran yang kita baca atau mengenai remaja-remaja kita samaada dibandar maupun dikawasan luar bandar. Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak-pihak tertentu akan tetapi belum mendatangkan sebarang hasil. Kisah remaja merempit, kisah remaja membuang anak, kisah remaja mencederakan dan mendatangkan kemudaratan kepada ahli keluarganya,kisah penglibatan remaja dengan dadah,kisah remaja lari dari rumah dan bermacam-macam lagi cerita mengenai mereka tersebar dimedia massa. Apakah sebenarnya punca utama yang menyebabkan terjadi hal-hal sedemikian? Adakah disebabkan longgarnya kawalan dan pengawasan ibubapa terhadap mereka? Adakah disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan agama dan penghayatannya? Mungkinkah disebabkan kebebasan yang diberi oleh ibubapa mereka disalahgunakan serta mendatangkan kemudaratan pada diri mereka sendiri atau kurangnya kawalan terhadap penggunaan internet yang mana ada unsur-unsur negatif terkandung didalamnya yang sedikit sebanyak mempengaruhi remaja ini sehingga bertindak diluar batasan peri kemanusiaan? Kita mampu dan boleh membuat pelbagai rumusan,andaian,tekaan malah tuduhan terhadap apa yang terjadi. Yang pasti kita masih diluar kotak pemasalahan dan tidak tahu punca sebenarnya disebabkan kurangnya inisiatif kita untuk mendekati dan menanganinya. Kebanyakkan kita terlalu sibuk dengan kehidupan dan cara hidup kita sehingga mengenepikan dan tidak peduli dengan apa yang sedang berlaku. Rata-rata masyarakat kita kini lebih gemar berdiam diri dan tidak mahu ambil pusing walaupun untuk seketika.

Kekurangan pendedahan mengenai adat resam dan budaya kita sebagai bangsa Melayu juga ada kesannya terhadap perkara ini. Dimasa ini kita dapat lihat dengan jelasnya sikap segelintir masyarakat Melayu yang tidak lagi mengambil endah terhadap adat resam dan budaya Melayu. Mereka lebih gemar mengamalkan cara hidup bangsa lain serta mengagung-agungkannya seolah-olah itulah cara hidup terkini. Mereka lupa akan asal usul mereka. Mereka ghairah dengan apa yang dilalui sehingga mengenepikan tatasusila sebagai seorang Melayu. Mereka lebih teruja untuk mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan budaya yang bukan miliknya dan hasilnya apa yang kita lihat pada hari ini.

Anak-anak remaja sudah pandai berkurang ajar,sudah tidak lagi menghormati orang tua, sudah tidak lagi mahu mendengar nasihat dan teguran orang yang lebih tua usianya dari mereka serta ada juga yang sudah tidak mahu lagi tinggal bersama dengan keluarga mereka dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Mereka lebih gemar serta terlalu bangga dengan kehidupan yang mereka lalui tanpa memikirkan risiko dan akibatnya. Adakah kita mahu perkara-perkara sedemikian rupa terus menular dan menjadi wabak kepada generasi kita tanpa sebarang tindakan sewajarnya untuk mengekang dari terus merebak? Apakah kita dimasa kini sudah tidak ada lagi rasa tanggungjawab kepada apa yang berlaku dan hanya membisu serta membiarkannya?

Seharusnya pemasalahan remaja ini wajar mendapat tempat dan perhatian yang serius dari mana-mana pihak demi untuk menanganinya. Janganlah apabila ianya telah menjadi kudis yang merebak barulah ada usaha yang ingin diambil dan pada masa itu sudah mungkin perkara ini telah berada ditahap kritikal. Luangkanlah masa untuk memikirkannya sejenak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN