KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Sabtu, 30 Januari 2010

KEFAHAMAN TERHADAP KARYA LUKISAN

" Wow..cantiknya..macam betullah..sebiji .....tak ada beza langsung dengan yang real..."...." Fulamak..fantastiklah lukisan ni..macam hidup..seolah- olah kita melihat yang real..."....." Pandai betullah yang membuat lukisan ni .. menakjubkan...memang pelukis ni hebatlah..". Begitulah diantara beberapa ungkapan yang sering didengari apabila mentafsirkan sesebuah karya lukisan. Ungkapan yang rata-rata diluahkan oleh mereka yang kurang arif tentang seni lukis. Kebiasaan terjemahan oleh masyarakat  yang kurang pengetahuan dan kefahaman seni lukisnya terhadap sesebuah karya lukisan. Bagi mereka apa yang dilihat itulah pengertian yang mereka nampak. Jarang atau terlalu sedikit dari kelompok masyarakat yang ingin memahami sesebuah karya lukisan dari sudut seni itu sendiri. Mereka kurang kesedaran dari segi mendekatkan diri mereka untuk benar-benar memahami sesebuah karya lukisan  Bagi mereka semuanya ini tidak memberi faedah atau pulangan kepada mereka. Bukan mudah untuk membentuk satu jiwa seni dalam diri kita sekiranya tiada kesedaran pada kita sendiri untuk berbuat demikian. Adakalanya masyarakat tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Kekurangan inisiatif dan sikap terbuka oleh pelukis itu tersendiri untuk berkongsi ilmu pengetahuan adalah salah satu dari sebab mengapa terjadinya tiada kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap seni lukis. Sikap menyendiri dan ego dikalangan segelintir pelukis ada kesannya terhadap perkembangan seni lukis dan juga kefahaman masyarakat mengenai seni lukis itu sendiri. Jika ada perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan diantara pelukis atau penggiat seni dengan masyarakat besar kemungkinan kesedaran dan kefahaman terhadap seni lukis itu akan menjadi luas. Masyarakat akan di dedahkan dengan ilmu-ilmu dan kefahaman seni lukis dan secara tidak langsung bidang seni lukis itu akan mendapat perhatian dan sokongan yang besar. Setidak-tidaknya bidang ini akan dinobatkan sebagai satu bidang industri yang berpotensi pada suatu hari kelak.

Apa rasionalnya sekira sesebuah karya lukisan itu dikatakan cantik,seumpama yang betul,lawa,halus olahannya dan terang mesej yang ingin disampaikan.Adakah ungkapan-ungkapan  ini wajar diucapkan terhadap sesebuah karya lukisan? Adakah ungkapan-ungkapan ini lahir dari hati yang murni atau satu luahan yang berbaur sindiran? Dimanakah letaknya kefahaman terhadap karya lukisan itu sendiri jika dihitung dari sudut mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis itu? Rata-rata andaian ini dibuat mengikut dari pandangan kacamata orang ramai tanpa merujuk kepada pelukis itu sendiri. Ini disebabkan terdapat jurang perbezaan diantara masyarakat dan pelukis. Perbezaan kefahaman seni,kerjaya,cara hidup dan minda adalah diantara beberapa aspek yang begitu ketara keterserlahannya.Jika dibuat bancian rambang dari kelompok 30 orang,bolehlah dibuat rumusan bahawa hanya kurang dari 5 orang sahaja yang akan berinteraksi terus dengan pelukis untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai karya yang dihasilkan.Hanya mereka ini ingin mendekatkan diri mereka untuk mengenali pelukis dengan karyanya secara mendalam. Golongan ini akan berasa teruja dan berbesar hati sekiranya  diberi peluang untuk mendampingi pelukis. Ini terjadi disebabkan adanya rasa hormat yang tinggi terhadap pelukis itu. Bagi mereka pelukis itu adalah insan istimewa kerana dapat menghasilkan sesebuah karya lukisan dan adalah wajar bagi mereka untuk berkongsi pendapat serta pandangan.

Kenapa sesetengah masyarakat yang seni jiwanya menyanjungi sesorang pelukis? Apa yang ada pada diri pelukis itu sehingga mereka dinilai sebegitu tinggi berbanding masyarakat lain? Jawapan yang jelas dan boleh digunakan untuk mentafsir persoalan ini adalah :-

      1. Kefahaman dan pengetahuan terhadap seni lukis
      2. Tidak semua orang mampu mengadakan sesebuah karya lukisan
           yang bermutu
      3. Bukan semua orang itu pelukis
      4. Kesedaran dan kepekaan pelukis terhadap sesuatu
      5. Pelukis adalah masyarakat dan pelukis adalah pelukis

Jika semua aspek ini diambilkira maka lahirlah satu masyarakat yang celik seni lukisnya. Pandangan dan sanjungan mereka terhadap karya sesebuah lukisan adalah tinggi. Pelukis akan mendapat perhatian dan penghormatan yang sewajarnya setanding dengan penggiat seni hiburan dan persembahan yang lain kalau tidak mungkin mengatasi mereka ini.

Kekurangan kesedaran dan kefahaman terhadap seni lukis perlu diambil sebagai satu kelebihan oleh pelukis untuk menonjolkan lagi diri mereka dipersada seni tanahair. Meraka perlulah mengambil pendekatan yang realistik untuk menokok tambah nilai kerja mereka sekiranya mereka mahu merebut peluang dan memperbaiki kedudukan seni mereka. Langkah yang terbaik adalah mendekatkan diri mereka secara terbuka dan mesra dengan masyarakat. Perlu diadakan pertukaran maklumat dan hubungan mesra diantara pelukis dan masyarakat. Selain dari itu usaha-usaha mempromosikan dan memperkenalkan pelukis-pelukis  tanahair perlu diadakan demi untuk memaklumkan pada masyarakat akan perkembangan pelukis tersebut. Satu badan perlu dipertanggungjawapkan untuk  mengadakan dan mengujudkan pengkalan data perihal pelukis bagi mempermudahkan masyarakat untuk membuat carian serta rujukan.

Sebenarnya usaha-usaha untuk mendekatkan pelukis dan masyarakat telah lama ujud akan tetapi keberkesanannya jelas tidak kelihatan. Pelukis masih tercari-cari peluang untuk menaikkan diri mereka dipersada seni tanahair. Pelukis masih berkedudukan ditakuk lama. Apakah yang menyebabkan senerio ini terjadi? Dimanakah kedudukan pelukis dan seni lukis itu dikacamata pihak yang bertanggungjawab? Adakah pihak ini juga buta seni atau berlagak seolah-olah berjiwa seni dan tidak memperdulikan apa yang sedang berlaku? Sekiranya ianya satu kebenaran maka tidak hairanlah jika masih terdapat sebilangan masyarakat yang kurang kefahaman dan kesedarannya terhadap seni lukis. Apa-apa pun segala jawapan dan rumusan hanya terdapat pada pelukis. Pelukislah yang layak memberi jawapan dan pandangan terhadap semua persoalan yang ujud. Merekalah yang sebenarnya mendalami dan mengalami apa yang berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN