KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Isnin, 25 Januari 2010

KESEDARAN SENI

Kebanyakkan kita di Malaysia suka akan seni. Ada yang terlalu teruja terhadap seni samaada menjadikannya gaya hidup maupun menjadi ikut-ikutan. Tak kira dari golongan masyarakat mana sekali pun samaada yang muda,tua,kecil dan besar meminati seni. Saban hari kita akan memperolehi  dan mengalami hal-hal mengenai seni. Di media elektronik dan media cetak misalnya sentiasa memaparkan berita-berita ataupun ruangan perihal seni. Kebiasaannya adalah promosi terhadap seni itu. Yang lebih mendapat perhatian adalah seni hiburan dan seni persembahan manakala seni tampak semacam dipinggirkan.

Seni hiburan dan Seni persembahan


Kenapa seni hiburan dan seni persembahan mendapat liputan yang meluas berbanding dengan seni tampak padahal sumbangan kedua-dua bidang seni ini terhadap pendapatan negara adalah kecil? Berkemungkinan sebab utama dalam hal ini adalah cabang seni ini dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencari keuntungan yang segera,mudah dan kurang kosnya manakala pulangannya agak berbaloi. Penggiat seni atau artis yang terlibat tetap menjalani kehidupan biasa mereka. Jika diluar negara berkemungkinan mereka ini sudah menjana pendapatan lumayan,menjalani kehidupan yang mewah tetapi di Malaysia konteksnya adalah jauh berbeza. Sungguhpun mereka ini dilabelkan sebagai selebriti tetapi kehidupan dan gaya hidup mereka tetap seperti dulu. Kalau yang berjaya sekali pun peratusannya adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan sumbangan mereka. Paras rupa menjadi satu ukuran untuk menempah kejayaan atau nama dalam bidang yang mereka ceburi. Kenapa hal ini terjadi?

Sebabnya mereka ini dijadikan 'hamba' oleh penyangak seni untuk mendapatkan laba dari pelaburan mereka dan penggiat seni atau artis terlibat tidak menyedari bahawa merekalah yang 'melacurkan' diri mereka sendiri demi untuk mendapat publisiti murahan atau kononnya mendapatkan ruang dimata peminat seni. Rata-rata pada masa kini perjalanan seni artis ini terlalu singkat. Mereka adalah produk 'mee segera' atau 'junk food'. Naiknya mereka dipersada seni terlalu mendadak dan turunnya mereka pun terus menjunam. Akibatnya mereka ini di lupakan dan dipinggirkan  serta terus lenyap dari dunia seni.
 Mana-mana pelukis yang ingin mempromosikan karya-karya mereka samaada secara pameran ataupun pengiklanan, mereka memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk melaksanakannya. Kadangkala mereka terpaksa mengemis untuk mendapatkan bantuan atau sokongan kewangan demi untuk merealisasikan impian mereka. Diakhir acara promosi yang ketara jelasnya adalah ketiadaan pembeli atau kesan promosi mereka itu tiada impaknya.

Apa yang perlu dititikberatkan untuk memertabatkan seni tampak ini dipersada seni tanahair adalah kesepakatan antara pelukis atau penggiat seni dengan pihak yang terlibat didalam mentadbir dan mempromosikan seni tampak. Sepatutnya perlu ada kerja-kerja promosi yang berterusan di mana-mana media terhadap kepekaan dan kesedaran seni pada masyarakat Malaysia. Diperingkat persekolahan perlu ada pembelajaran khusus dan dijadikan satu mata pelajaran wajib. Aspek-aspek mengenai seni tampak perlu didedahkan kepada pelajar.


Dunia seni tampak tanahair akan menjadi satu industri dan penyumbang pendapatan besar kepada negara sekiranya penggiat seni atau pelukis itu sendiri mempunyai kesedaran untuk menaikkan atau memertabatkan bidang ini. Perlunya kesepakatan dan permuafakatan diantara penggiat seni atau pelukis itu diantara mereka. Kebanyakkan mereka telah sekian lama berada di persada seni tampak negara tetapi kehidupan mereka masih seperti dulu.


Kenapa begitu jadinya? Hanya penggiat seni atau pelukis itu sendiri yang mempunyai jawapannya. Merekalah yang layak menjawab.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN