KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Sabtu, 23 Januari 2010

SENITAMPAK DAN KITA

Jika dikaji dan dilihat pada persekitaran kita,rata-rata kita akan mendapati bahawa kehidupan kita ini dirangkumi oleh seni. Apa sahaja yang kita lakukan setiap hari pasti ada melibatkan perkara seni samaada kita sedari ataupun tidak. Perbuatan kita, kelakuan kita, sikap kita dan pertuturan kita semestinya melibatkan hal-hal seni. Cara kita berdandan,itu seni. Cara kita bercakap,itu seni. Cara kita bekerja,itu seni maupun dalam aspek apa jua pun selagi kita hidup diatas muka bumi ini kita tidak akan terlepas dari melakukan perkara-perkara seni.

Apa itu seni sebenarnya? Adakah sesuatu yang halus tanpa kita dapat melihat dengan mata kasar kita itu dikatakan seni? Atau mungkinkah sesuatu yang tidak dapat kita sentuh atau merasai itu dinamakan seni? Mungkinkah seni itu sesuatu yang terlalu abstrak untuk dinyatakan atau kita sendiri tidak menyakini diri kita apa yang kita lalui dalam kehidupan harian kita itu seni sebenarnya? Jawapan pada persoalan yang timbul dalam konteks seni itu pada lojiknya bergantung kepada kefahaman individu itu tersendiri.Disebabkan ada kekurangan dalam mengenal dan memahami akan seni itu membuatkan kita lupa akan keujudannya dalam kehidupan kita.

Seni itu terlalu luas rangkumannya.Salah satu cabang seni yang ingin dibicarakan adalah SENITAMPAK.Bagi mengambil pendekatan yang mudah, senitampak adalah cantuman dua perkataan,seni dan tampak. Jadi seni adalah yang halus dan tampak adalah yang nyata yang dapat dilihat dengan mata kasar. Yang halusnya adalah cara pembuatannya dan maksud yang tersirat pada subjeknya. Contoh senitampak adalah seni lukis,arca,kraf kayu,barangan kraf,tembikar dan apa jua produk seni yang dihasilkan serta nampak fizikalnya.

Disini apa yang ingin diutarakan adalah mengenai seni lukis. Terdapat pelbagai aliran atau genre dan juga media yang digunakan untuk penghasilan sesebuah karya lukisan. Bentuk atau saiz pun berbeza-beza. Sesebuah karya lukisan dapat dihasilkan bergantung pada pelukis itu sendiri untuk menentukan jangkamasa yang diperlukan untuk menyudahkannya. Walaupun pada mata kasar sesebuah lukisan itu telah siap penghasilannya secara hakiki ianya masih belum selesai. Selagi pelukis masih menghasilkan lukisan dalam perjalanan seninya maka masih belum selesailah karyanya.

DiMalaysia kefahaman mengenai lukisan adalah begitu terhad dan terlalu longgar. Untuk mencari yang meminati seni lukis dari kelompok 1,000 orang hanya kurang dari 10 org sahaja yang diperolehi walhal pada kehidupan kita di sini rata-rata seni adalah sebahagian dari kita. Kenapa adanya kekurangan dalam celik seni lukis ini? Mungkin boleh dibuat andaian bahawasanya penekanan dari alam persekolahan lagi terhadap bidang seni ini tidak diambil berat. Didalam skop pembelajaran disekolah-sekolah tidak ada diajar atau di tunjuk akan pengetahuan ilmu seni lukis itu. Juga terdapat kurangnya pendedahan pada peringkat ini yang menyebabkan bidang seni lukis itu terpinggir dan di terbiar apa lagi didekad kehidupan yang serba canggih dan mencabar ini. Mungkin disebabkan akan faktor kekurangan ini maka penghayatan terhadap seni lukis itu terlalu menipis. Buatlah satu bancian atau semakan pada rumah kediaman,pejabat,hotel,restoran dan pusat-pusat belibelah. Apa yang pasti kita akan dapati terlalu sedikit diperagakan hasil karya lukisan asli disudut-sudut tertentu bagi menghiasi ruangan tersebut.Terjadi hal ini adalah disebabkan oleh kekurangan dalam membentuk penghayatan pada diri masyarakat tersebut.

Malaysia adalah sebuah negara kecil saiznya dan kepadatan penduduk agak tidak besar yang pada lumrahnya menjalani kehidupan pada teras seni. Akan tetapi terdapat terlalu rendah peratusannya pada mereka yang meminati dan menghayati hasil seni lukis itu. Oleh sebab itu tidak hairanlah industri ini tidak mendapat sokongan yang jitu dari masyarakat dan pengiat seni ini terpaksa melalui perjalanan yang getir untuk meneruskan usahanya walaupun ada golongan yang terlalu kecil bilangannya yang mendapat kejayaan.

Mampukah industri seni tampak ini mendapat perhatian sepenuhnya dari masyarakat itu sendiri samada dari segi sokongan maupun galakan serta mampukah ianya bertahan hingga masa yang lama di Malaysia ini. Dari perkataan yang lain mampukah pelukis bertahan dalam perjalanan seninya biarpun tidak mendapat sokongan yang sewajarnya dari mana-mana pihak.

Bolehkah hidup dan cari makan sebagai seorang pelukis? Sanggupkah menghadapi rintangan dan kesusahan serta keperitan? Yang ada jawapannya adalah pelukis yang sedia ada diMalaysia. Tanyalah mereka pasti ketahui kebenarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN