KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Rabu, 27 Januari 2010

PENGHASILAN KARYA

Pada setiap kali penghasilan sesebuah karya, terlebih dahulu seorang pelukis perlu mendapatkan subjek yang hendak diketengahkan samaada telah membuat penelitian atau kajian terhadap mesej yang hendak disampaikan.Kadangkala idea tercetus dengan mendadak dan spontan. Bagi seorang pelukis yang matang cara kerjanya idea ini di coretkan dalam sketsa. Ini adalah untuk memudahkan beliau merujuk dan melakarkannya keatas media apabila kerja-kerja permulaan penghasilan karya. Ada juga segelintar pelukis yang melontarkan idea yang diperolehi terus keatas media tanpa membuat sketsa terlebih dahulu disebabkan idea itu masih segar dalam ingatannya.Sketsanya tidak lagi dirakamkan didalam buku sketsa sebaliknya menjadikan media kertas,kain atau kanvas sebagai ruang beliau merekodkan idea yang diperolehinya.

Kebiasaannya terdapat pebezaan yang ketara diantara idea yang terlebih dahulu dibuat sketsanya didalam buku berbanding dengan yang secara terus dirakam diatas kertas,kain atau kanvas. Perbezaan yang jelas mungkin dari sudut olahan,gaya penyampaian mesej,gabungan warna maupun sentuhan strok berus. Kaedah yang pertama itu akan menampilkan sebuah hasil karya yang berhati-hati cara pembuatannya,teratur,kemas dan kaku manakala kaedah yang terkemudian nampak dengan jelas akan spontannya,bersahaja,kompleks tapi tersusun dan 'hidup'.

Masa untuk menghasilkan karya yang ada bahan rujukannya selalu dan pada kebiasaannya dapat disudahkan dalam jangkamasa yang agak lama manakala yang berpandukan idea langsung dari minda pelukis dapat dihasilkan serta disudahkan dalam jangkamasa yang singkat. Ini disebabkan terdapat adanya garis panduan yang perlu dipatuhi bagi menyiapkan karya yang ada sketsanya atau bahan rujukan berbanding dengan kaedah yang satu lagi dimana penghasilan karya tersebut adalah bersahaja dan spontan mengikut kehendak naluri pelukis tersebut. Motif atau subjeknya pun adakalanya 'tersembunyi tapi nyata' dan agak sukar difahami mesej penyampaiannya walaupun mudah untuk diterjemahkan oleh mana-mana individu yang melihatnya.

Apabila sesebuah karya telah siap pembuatannya terpulanglah pada yang melihatnya untuk mendapatkan atau memahami mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang pelukis. Tajuk karya adalah gambaran atau rujukan kepada mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis itu. Jika diteliti dan diamati akan tajuk dan isi mesejnya adakala ianya bercanggah secara terang-terang.Biarpun dalam cabang,aliran atau genre seni tampak manapun perkara ini boleh berlaku.

Kenapa ianya boleh terjadi? Adakah pelukis cuba bermain sentimen keyakinan atau kefahaman terhadap yang melihat hasil karyanya ataupun adakah pelukis sendiri tidak peka dan faham akan mesej yang hendak disampaikannya? Jawapan pada persoalan ini ada pada pelukis itu sendiri. Pelukis yang terlibatlah yang layak menjawabnya dan bukan orang lain.

1 ulasan:

  1. Karyamu begitu unik dan tersendiri begitu juga dengan gaya penulisanmu. Aku bangga denganmu, sayang! Teruskan usahamu!

    Shazlina Shazlan

    BalasPadam

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN