KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Ahad, 31 Januari 2010

RAGAM PELUKIS

Persoalan utama yang selalu bermain dan berlegar diminda seorang pelukis adalah kenapa beliau memilih bidang itu sebagai kerjayanya. Adakah bidang ini mampu memberi penghidupan atau dilain perkataan mampukah bidang ini menjana pendapatan? Sering kedengaran dari mulut umum adalah persoalan..boleh cari makan kah dengan menjadi pelukis? Apakah wajar menjadi pelukis disenerio seperti di Malaysia ini kerana bidang seni lukis tidak mendapat perhatian apalagi memperolehi pengiktirafan dari masyarakat? Apakah jenis atau bentuk lukisan yang mendapat perhatian dan permintaan dari orang ramai? Lukisan apakah yang disukai ? Terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti dan dikaji demi untuk menjawab persoalan-persoalan diatas. Antaranya adalah seperti berikut :-

       1. Bukan semua orang mampu menjadi pelukis yang tulin dan sejati.
       2. Kekuatan pelukis samaada dari segi mutu karya lukisannya dan juga kematangan
           pemikiran serta luas ilmu pengetahuan.
       3. Daya kreativiti dan kelebihan berfikir cara positif.
       4. Kecekalan hati menghadapi setiap rintangan dan dugaan hidup.
       5. Mampu merealisasikan kehendak umum dan menepati citarasa mereka.
       6. Penonjolan dan memperkasakan kelebihan pelukis.

Perlu diingat bahawa bukan semua manusia yang dilahirkan dimuka bumi ini mampu membuat lukisan yang benar-benar menambat hati yang melihatnya. Memanglah semua manusia boleh melukis akan tetapi apakah lukisan yang dibuatnya itu boleh memberi kepuasan kepada yang memandangnya. Mesej atau jalan cerita yang cuba diolahkan didalam lukisan itu pastinya sukar difahami . Ini disebabkan oleh kurangannya kepekaan terhadap subjek yang dilukis. Jalan ceritanya bersimpang siur dan akhirnya memberi impak yang longgar terhadap yang melihatnya.

Untuk menjadi seorang pelukis yang benar-benar dapat menambat hati orang ramai dengan karya lukisannya beliau perlu mempunyai kekuatan untuk melahirkan sebuah karya lukisan yang bermutu samaada dari segi olahan teknik, penggunaan warna, mesej dan subjek yang diketengahkan serta juga mampu membuat orang ramai berfikir akan karyanya. Seorang pelukis harus peka dengan persekitaran dan lengkap dengan maklumat-maklumat terkini. Dilain perkataan seorang pelukis telah bersedia untuk menangani apa jua persoalan yang akan diketengahkan oleh masyarakat apabila beliau melahirkan sesebuah karya lukisan.

Seorang pelukis perlu menyiapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu seni lukis dan ilmu ekonomi kerana mereka akan berhadapan dengan berbagai ragam manusia. Sekiranya seorang pelukis itu cerdas mindanya, kreatif pemikirannya dan lebih cenderung kepada yang positif sudah tentu jelas dapat dilihat dari karya lukisan yang dihasilkan. Tentu beliau dapat menghasilkan pelbagai lukisan dalam apa cabang seni tampak sekalipun tanpa terkial-kial mencari subjek atau motif yang ingin diketengahkan.

Jika dibandingkan dengan kerjaya-kerjaya yang lain, menjadi seorang pelukis adalah satu kerjaya yang begitu mencabar terutama yang memilihnya sebagai kerjaya tetap dan melaksanakannya secara bersendirian. Yang paling ketara dihadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan rezeki dan juga kerap mengharungi kehidupan yang berliku dan perit. Ini adalah diantara rintangan dan halangan yang perlu dialami oleh mereka yang memilih pelukis sebagai bidang kerjaya. Tanyalah pada semua pelukis yang ada dimuka bumi ini. Rata-rata akan mengiyakan pendapat ini. Kesukaran untuk mendapatkan pasaran dan juga permintaan dari orang ramai adalah sebahagian dari sebab yang menyebabkan seorang pelukis menghadapi kesukaran dalam hidup. Oleh sebab itu seorang pelukis harus menengahkan dirinya samaada mempromosikan dirinya maupun menonjolkan diri dimedia massa agar diketahui umum. Langkah-langkah proaktif untuk terus maju kehadapan perlu diambilkira dan dilaksanakan.

Seorang pelukis juga perlu peka kepada kehendak orang ramai dan mampu menepati citarasa mereka didalam melahirkan karya lukisannya. Aspirasi umum akan membuat seorang pelukis bersedia menangani apa jua persoalan didalam merealisasikan kehendak orang ramai terutama yang berkehendakkan kerja-kerja tempahan lukisan. Pelukis perlu sedar bahawa masyarakat adalah pasaran mereka. Jika ada pelukis yang tidak menghormati kehendak masyarakat maka beliau sendirilah yang mengkuburkan kerjaya mereka. Pelukis tidak mampu bergerak sendiri tanpa mendapat sokongan dari sekelilingnya. Pelukis perlu akur dengan persekitaran. Seorang pelukis yang ingin berjaya dalam perjalanan seninya mesti bersiap sedia dengan apa jua kehendak umum.
Pelukis tidak akan mampu bertahan lama dipersada seni tampak sekiranya beliau tidak mahu melakukan perubahan dan penginjakan paradigma selaras dengan perkembangan semasa.

Siapa jua pelukis itu samaada yang telah lama berada dipersada seni tampak maupun yang baru, jalinan hubungan antara kelompok pelukis perlu ada. Setiap pelukis mesti bersikap mau berjaya,terbuka dan berkongsi pendapat dengan rakan pelukis yang lain. Yang telah lama berkecimpung didalam dunia seni lukis perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada yang baru. Yang masih mentah dan baru mula berjinak dengan seni tampak hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan tunjuk ajar dari yang lebih arif. Sekiranya terdapat jalinan hubungan mesra ini maka tidak hairanlah disuatu masa nanti persada seni tampak tanahair mempunyai kekuatan barisan pelukisnya yang maju dan berdaya saing diperingkat antarabangsa.

Kesemua persoalan pokok ini mampu dijawap oleh pelukis sendiri. Pelukislah yang layak memberi pendapat kerana meraka yang memahaminya. Dunia seni tampak adalah dunia mereka dan arah hala tuju merekalah yang menentukan.

Sabtu, 30 Januari 2010

KEFAHAMAN TERHADAP KARYA LUKISAN

" Wow..cantiknya..macam betullah..sebiji .....tak ada beza langsung dengan yang real..."...." Fulamak..fantastiklah lukisan ni..macam hidup..seolah- olah kita melihat yang real..."....." Pandai betullah yang membuat lukisan ni .. menakjubkan...memang pelukis ni hebatlah..". Begitulah diantara beberapa ungkapan yang sering didengari apabila mentafsirkan sesebuah karya lukisan. Ungkapan yang rata-rata diluahkan oleh mereka yang kurang arif tentang seni lukis. Kebiasaan terjemahan oleh masyarakat  yang kurang pengetahuan dan kefahaman seni lukisnya terhadap sesebuah karya lukisan. Bagi mereka apa yang dilihat itulah pengertian yang mereka nampak. Jarang atau terlalu sedikit dari kelompok masyarakat yang ingin memahami sesebuah karya lukisan dari sudut seni itu sendiri. Mereka kurang kesedaran dari segi mendekatkan diri mereka untuk benar-benar memahami sesebuah karya lukisan  Bagi mereka semuanya ini tidak memberi faedah atau pulangan kepada mereka. Bukan mudah untuk membentuk satu jiwa seni dalam diri kita sekiranya tiada kesedaran pada kita sendiri untuk berbuat demikian. Adakalanya masyarakat tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Kekurangan inisiatif dan sikap terbuka oleh pelukis itu tersendiri untuk berkongsi ilmu pengetahuan adalah salah satu dari sebab mengapa terjadinya tiada kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap seni lukis. Sikap menyendiri dan ego dikalangan segelintir pelukis ada kesannya terhadap perkembangan seni lukis dan juga kefahaman masyarakat mengenai seni lukis itu sendiri. Jika ada perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan diantara pelukis atau penggiat seni dengan masyarakat besar kemungkinan kesedaran dan kefahaman terhadap seni lukis itu akan menjadi luas. Masyarakat akan di dedahkan dengan ilmu-ilmu dan kefahaman seni lukis dan secara tidak langsung bidang seni lukis itu akan mendapat perhatian dan sokongan yang besar. Setidak-tidaknya bidang ini akan dinobatkan sebagai satu bidang industri yang berpotensi pada suatu hari kelak.

Apa rasionalnya sekira sesebuah karya lukisan itu dikatakan cantik,seumpama yang betul,lawa,halus olahannya dan terang mesej yang ingin disampaikan.Adakah ungkapan-ungkapan  ini wajar diucapkan terhadap sesebuah karya lukisan? Adakah ungkapan-ungkapan ini lahir dari hati yang murni atau satu luahan yang berbaur sindiran? Dimanakah letaknya kefahaman terhadap karya lukisan itu sendiri jika dihitung dari sudut mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis itu? Rata-rata andaian ini dibuat mengikut dari pandangan kacamata orang ramai tanpa merujuk kepada pelukis itu sendiri. Ini disebabkan terdapat jurang perbezaan diantara masyarakat dan pelukis. Perbezaan kefahaman seni,kerjaya,cara hidup dan minda adalah diantara beberapa aspek yang begitu ketara keterserlahannya.Jika dibuat bancian rambang dari kelompok 30 orang,bolehlah dibuat rumusan bahawa hanya kurang dari 5 orang sahaja yang akan berinteraksi terus dengan pelukis untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai karya yang dihasilkan.Hanya mereka ini ingin mendekatkan diri mereka untuk mengenali pelukis dengan karyanya secara mendalam. Golongan ini akan berasa teruja dan berbesar hati sekiranya  diberi peluang untuk mendampingi pelukis. Ini terjadi disebabkan adanya rasa hormat yang tinggi terhadap pelukis itu. Bagi mereka pelukis itu adalah insan istimewa kerana dapat menghasilkan sesebuah karya lukisan dan adalah wajar bagi mereka untuk berkongsi pendapat serta pandangan.

Kenapa sesetengah masyarakat yang seni jiwanya menyanjungi sesorang pelukis? Apa yang ada pada diri pelukis itu sehingga mereka dinilai sebegitu tinggi berbanding masyarakat lain? Jawapan yang jelas dan boleh digunakan untuk mentafsir persoalan ini adalah :-

      1. Kefahaman dan pengetahuan terhadap seni lukis
      2. Tidak semua orang mampu mengadakan sesebuah karya lukisan
           yang bermutu
      3. Bukan semua orang itu pelukis
      4. Kesedaran dan kepekaan pelukis terhadap sesuatu
      5. Pelukis adalah masyarakat dan pelukis adalah pelukis

Jika semua aspek ini diambilkira maka lahirlah satu masyarakat yang celik seni lukisnya. Pandangan dan sanjungan mereka terhadap karya sesebuah lukisan adalah tinggi. Pelukis akan mendapat perhatian dan penghormatan yang sewajarnya setanding dengan penggiat seni hiburan dan persembahan yang lain kalau tidak mungkin mengatasi mereka ini.

Kekurangan kesedaran dan kefahaman terhadap seni lukis perlu diambil sebagai satu kelebihan oleh pelukis untuk menonjolkan lagi diri mereka dipersada seni tanahair. Meraka perlulah mengambil pendekatan yang realistik untuk menokok tambah nilai kerja mereka sekiranya mereka mahu merebut peluang dan memperbaiki kedudukan seni mereka. Langkah yang terbaik adalah mendekatkan diri mereka secara terbuka dan mesra dengan masyarakat. Perlu diadakan pertukaran maklumat dan hubungan mesra diantara pelukis dan masyarakat. Selain dari itu usaha-usaha mempromosikan dan memperkenalkan pelukis-pelukis  tanahair perlu diadakan demi untuk memaklumkan pada masyarakat akan perkembangan pelukis tersebut. Satu badan perlu dipertanggungjawapkan untuk  mengadakan dan mengujudkan pengkalan data perihal pelukis bagi mempermudahkan masyarakat untuk membuat carian serta rujukan.

Sebenarnya usaha-usaha untuk mendekatkan pelukis dan masyarakat telah lama ujud akan tetapi keberkesanannya jelas tidak kelihatan. Pelukis masih tercari-cari peluang untuk menaikkan diri mereka dipersada seni tanahair. Pelukis masih berkedudukan ditakuk lama. Apakah yang menyebabkan senerio ini terjadi? Dimanakah kedudukan pelukis dan seni lukis itu dikacamata pihak yang bertanggungjawab? Adakah pihak ini juga buta seni atau berlagak seolah-olah berjiwa seni dan tidak memperdulikan apa yang sedang berlaku? Sekiranya ianya satu kebenaran maka tidak hairanlah jika masih terdapat sebilangan masyarakat yang kurang kefahaman dan kesedarannya terhadap seni lukis. Apa-apa pun segala jawapan dan rumusan hanya terdapat pada pelukis. Pelukislah yang layak memberi jawapan dan pandangan terhadap semua persoalan yang ujud. Merekalah yang sebenarnya mendalami dan mengalami apa yang berlaku.

Rabu, 27 Januari 2010

PENGHASILAN KARYA

Pada setiap kali penghasilan sesebuah karya, terlebih dahulu seorang pelukis perlu mendapatkan subjek yang hendak diketengahkan samaada telah membuat penelitian atau kajian terhadap mesej yang hendak disampaikan.Kadangkala idea tercetus dengan mendadak dan spontan. Bagi seorang pelukis yang matang cara kerjanya idea ini di coretkan dalam sketsa. Ini adalah untuk memudahkan beliau merujuk dan melakarkannya keatas media apabila kerja-kerja permulaan penghasilan karya. Ada juga segelintar pelukis yang melontarkan idea yang diperolehi terus keatas media tanpa membuat sketsa terlebih dahulu disebabkan idea itu masih segar dalam ingatannya.Sketsanya tidak lagi dirakamkan didalam buku sketsa sebaliknya menjadikan media kertas,kain atau kanvas sebagai ruang beliau merekodkan idea yang diperolehinya.

Kebiasaannya terdapat pebezaan yang ketara diantara idea yang terlebih dahulu dibuat sketsanya didalam buku berbanding dengan yang secara terus dirakam diatas kertas,kain atau kanvas. Perbezaan yang jelas mungkin dari sudut olahan,gaya penyampaian mesej,gabungan warna maupun sentuhan strok berus. Kaedah yang pertama itu akan menampilkan sebuah hasil karya yang berhati-hati cara pembuatannya,teratur,kemas dan kaku manakala kaedah yang terkemudian nampak dengan jelas akan spontannya,bersahaja,kompleks tapi tersusun dan 'hidup'.

Masa untuk menghasilkan karya yang ada bahan rujukannya selalu dan pada kebiasaannya dapat disudahkan dalam jangkamasa yang agak lama manakala yang berpandukan idea langsung dari minda pelukis dapat dihasilkan serta disudahkan dalam jangkamasa yang singkat. Ini disebabkan terdapat adanya garis panduan yang perlu dipatuhi bagi menyiapkan karya yang ada sketsanya atau bahan rujukan berbanding dengan kaedah yang satu lagi dimana penghasilan karya tersebut adalah bersahaja dan spontan mengikut kehendak naluri pelukis tersebut. Motif atau subjeknya pun adakalanya 'tersembunyi tapi nyata' dan agak sukar difahami mesej penyampaiannya walaupun mudah untuk diterjemahkan oleh mana-mana individu yang melihatnya.

Apabila sesebuah karya telah siap pembuatannya terpulanglah pada yang melihatnya untuk mendapatkan atau memahami mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang pelukis. Tajuk karya adalah gambaran atau rujukan kepada mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis itu. Jika diteliti dan diamati akan tajuk dan isi mesejnya adakala ianya bercanggah secara terang-terang.Biarpun dalam cabang,aliran atau genre seni tampak manapun perkara ini boleh berlaku.

Kenapa ianya boleh terjadi? Adakah pelukis cuba bermain sentimen keyakinan atau kefahaman terhadap yang melihat hasil karyanya ataupun adakah pelukis sendiri tidak peka dan faham akan mesej yang hendak disampaikannya? Jawapan pada persoalan ini ada pada pelukis itu sendiri. Pelukis yang terlibatlah yang layak menjawabnya dan bukan orang lain.

Isnin, 25 Januari 2010

KESEDARAN SENI

Kebanyakkan kita di Malaysia suka akan seni. Ada yang terlalu teruja terhadap seni samaada menjadikannya gaya hidup maupun menjadi ikut-ikutan. Tak kira dari golongan masyarakat mana sekali pun samaada yang muda,tua,kecil dan besar meminati seni. Saban hari kita akan memperolehi  dan mengalami hal-hal mengenai seni. Di media elektronik dan media cetak misalnya sentiasa memaparkan berita-berita ataupun ruangan perihal seni. Kebiasaannya adalah promosi terhadap seni itu. Yang lebih mendapat perhatian adalah seni hiburan dan seni persembahan manakala seni tampak semacam dipinggirkan.

Seni hiburan dan Seni persembahan


Kenapa seni hiburan dan seni persembahan mendapat liputan yang meluas berbanding dengan seni tampak padahal sumbangan kedua-dua bidang seni ini terhadap pendapatan negara adalah kecil? Berkemungkinan sebab utama dalam hal ini adalah cabang seni ini dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencari keuntungan yang segera,mudah dan kurang kosnya manakala pulangannya agak berbaloi. Penggiat seni atau artis yang terlibat tetap menjalani kehidupan biasa mereka. Jika diluar negara berkemungkinan mereka ini sudah menjana pendapatan lumayan,menjalani kehidupan yang mewah tetapi di Malaysia konteksnya adalah jauh berbeza. Sungguhpun mereka ini dilabelkan sebagai selebriti tetapi kehidupan dan gaya hidup mereka tetap seperti dulu. Kalau yang berjaya sekali pun peratusannya adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan sumbangan mereka. Paras rupa menjadi satu ukuran untuk menempah kejayaan atau nama dalam bidang yang mereka ceburi. Kenapa hal ini terjadi?

Sebabnya mereka ini dijadikan 'hamba' oleh penyangak seni untuk mendapatkan laba dari pelaburan mereka dan penggiat seni atau artis terlibat tidak menyedari bahawa merekalah yang 'melacurkan' diri mereka sendiri demi untuk mendapat publisiti murahan atau kononnya mendapatkan ruang dimata peminat seni. Rata-rata pada masa kini perjalanan seni artis ini terlalu singkat. Mereka adalah produk 'mee segera' atau 'junk food'. Naiknya mereka dipersada seni terlalu mendadak dan turunnya mereka pun terus menjunam. Akibatnya mereka ini di lupakan dan dipinggirkan  serta terus lenyap dari dunia seni.
 Mana-mana pelukis yang ingin mempromosikan karya-karya mereka samaada secara pameran ataupun pengiklanan, mereka memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk melaksanakannya. Kadangkala mereka terpaksa mengemis untuk mendapatkan bantuan atau sokongan kewangan demi untuk merealisasikan impian mereka. Diakhir acara promosi yang ketara jelasnya adalah ketiadaan pembeli atau kesan promosi mereka itu tiada impaknya.

Apa yang perlu dititikberatkan untuk memertabatkan seni tampak ini dipersada seni tanahair adalah kesepakatan antara pelukis atau penggiat seni dengan pihak yang terlibat didalam mentadbir dan mempromosikan seni tampak. Sepatutnya perlu ada kerja-kerja promosi yang berterusan di mana-mana media terhadap kepekaan dan kesedaran seni pada masyarakat Malaysia. Diperingkat persekolahan perlu ada pembelajaran khusus dan dijadikan satu mata pelajaran wajib. Aspek-aspek mengenai seni tampak perlu didedahkan kepada pelajar.


Dunia seni tampak tanahair akan menjadi satu industri dan penyumbang pendapatan besar kepada negara sekiranya penggiat seni atau pelukis itu sendiri mempunyai kesedaran untuk menaikkan atau memertabatkan bidang ini. Perlunya kesepakatan dan permuafakatan diantara penggiat seni atau pelukis itu diantara mereka. Kebanyakkan mereka telah sekian lama berada di persada seni tampak negara tetapi kehidupan mereka masih seperti dulu.


Kenapa begitu jadinya? Hanya penggiat seni atau pelukis itu sendiri yang mempunyai jawapannya. Merekalah yang layak menjawab.


Sabtu, 23 Januari 2010

SENITAMPAK DAN KITA

Jika dikaji dan dilihat pada persekitaran kita,rata-rata kita akan mendapati bahawa kehidupan kita ini dirangkumi oleh seni. Apa sahaja yang kita lakukan setiap hari pasti ada melibatkan perkara seni samaada kita sedari ataupun tidak. Perbuatan kita, kelakuan kita, sikap kita dan pertuturan kita semestinya melibatkan hal-hal seni. Cara kita berdandan,itu seni. Cara kita bercakap,itu seni. Cara kita bekerja,itu seni maupun dalam aspek apa jua pun selagi kita hidup diatas muka bumi ini kita tidak akan terlepas dari melakukan perkara-perkara seni.

Apa itu seni sebenarnya? Adakah sesuatu yang halus tanpa kita dapat melihat dengan mata kasar kita itu dikatakan seni? Atau mungkinkah sesuatu yang tidak dapat kita sentuh atau merasai itu dinamakan seni? Mungkinkah seni itu sesuatu yang terlalu abstrak untuk dinyatakan atau kita sendiri tidak menyakini diri kita apa yang kita lalui dalam kehidupan harian kita itu seni sebenarnya? Jawapan pada persoalan yang timbul dalam konteks seni itu pada lojiknya bergantung kepada kefahaman individu itu tersendiri.Disebabkan ada kekurangan dalam mengenal dan memahami akan seni itu membuatkan kita lupa akan keujudannya dalam kehidupan kita.

Seni itu terlalu luas rangkumannya.Salah satu cabang seni yang ingin dibicarakan adalah SENITAMPAK.Bagi mengambil pendekatan yang mudah, senitampak adalah cantuman dua perkataan,seni dan tampak. Jadi seni adalah yang halus dan tampak adalah yang nyata yang dapat dilihat dengan mata kasar. Yang halusnya adalah cara pembuatannya dan maksud yang tersirat pada subjeknya. Contoh senitampak adalah seni lukis,arca,kraf kayu,barangan kraf,tembikar dan apa jua produk seni yang dihasilkan serta nampak fizikalnya.

Disini apa yang ingin diutarakan adalah mengenai seni lukis. Terdapat pelbagai aliran atau genre dan juga media yang digunakan untuk penghasilan sesebuah karya lukisan. Bentuk atau saiz pun berbeza-beza. Sesebuah karya lukisan dapat dihasilkan bergantung pada pelukis itu sendiri untuk menentukan jangkamasa yang diperlukan untuk menyudahkannya. Walaupun pada mata kasar sesebuah lukisan itu telah siap penghasilannya secara hakiki ianya masih belum selesai. Selagi pelukis masih menghasilkan lukisan dalam perjalanan seninya maka masih belum selesailah karyanya.

DiMalaysia kefahaman mengenai lukisan adalah begitu terhad dan terlalu longgar. Untuk mencari yang meminati seni lukis dari kelompok 1,000 orang hanya kurang dari 10 org sahaja yang diperolehi walhal pada kehidupan kita di sini rata-rata seni adalah sebahagian dari kita. Kenapa adanya kekurangan dalam celik seni lukis ini? Mungkin boleh dibuat andaian bahawasanya penekanan dari alam persekolahan lagi terhadap bidang seni ini tidak diambil berat. Didalam skop pembelajaran disekolah-sekolah tidak ada diajar atau di tunjuk akan pengetahuan ilmu seni lukis itu. Juga terdapat kurangnya pendedahan pada peringkat ini yang menyebabkan bidang seni lukis itu terpinggir dan di terbiar apa lagi didekad kehidupan yang serba canggih dan mencabar ini. Mungkin disebabkan akan faktor kekurangan ini maka penghayatan terhadap seni lukis itu terlalu menipis. Buatlah satu bancian atau semakan pada rumah kediaman,pejabat,hotel,restoran dan pusat-pusat belibelah. Apa yang pasti kita akan dapati terlalu sedikit diperagakan hasil karya lukisan asli disudut-sudut tertentu bagi menghiasi ruangan tersebut.Terjadi hal ini adalah disebabkan oleh kekurangan dalam membentuk penghayatan pada diri masyarakat tersebut.

Malaysia adalah sebuah negara kecil saiznya dan kepadatan penduduk agak tidak besar yang pada lumrahnya menjalani kehidupan pada teras seni. Akan tetapi terdapat terlalu rendah peratusannya pada mereka yang meminati dan menghayati hasil seni lukis itu. Oleh sebab itu tidak hairanlah industri ini tidak mendapat sokongan yang jitu dari masyarakat dan pengiat seni ini terpaksa melalui perjalanan yang getir untuk meneruskan usahanya walaupun ada golongan yang terlalu kecil bilangannya yang mendapat kejayaan.

Mampukah industri seni tampak ini mendapat perhatian sepenuhnya dari masyarakat itu sendiri samada dari segi sokongan maupun galakan serta mampukah ianya bertahan hingga masa yang lama di Malaysia ini. Dari perkataan yang lain mampukah pelukis bertahan dalam perjalanan seninya biarpun tidak mendapat sokongan yang sewajarnya dari mana-mana pihak.

Bolehkah hidup dan cari makan sebagai seorang pelukis? Sanggupkah menghadapi rintangan dan kesusahan serta keperitan? Yang ada jawapannya adalah pelukis yang sedia ada diMalaysia. Tanyalah mereka pasti ketahui kebenarannya.

PROFIL/BIODATA

PROFIL PELUKIS/ BIOGRAFI
  (ARTIST PROFILE/BIOGRAPHY )




NAMA/Name                              :  Azlan Bin Adam

TAHUN KELAHIRAN/Year of Birth   :  1961




JANTINA/Gender                               :  Lelaki/Male


KEWARGANEGARAAN/Nationality   :  Malaysian




PENDIDIKAN SENI/Education in Art : Self-taught




KUMPULAN SENI/Art Group         :  Angkatan Pelukis
                                                    SeMalaysia


                                                    Artis Koloni Conlay


                                                    Artis Koloni KTM




E-MAIL                                      :  Polska545@gmail.com




WEBSITES/BLOGS                      : Mindsketching.blogspot.com

                                                   Icogallery.com

                                                   Absolutearts.com


                                                   Artbreak/ 545azlan.com


                                                   Artwanted.com


                                                   Facebook.com

                                                   Twitter.com










PAMERAN DAN BENGKEL/Exhibitions and Workshops






1998 : APEC Summit-PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia
Group Exhibition Central Market,Kuala Lumpur, Malaysia
Bank Negara Art Bazaar,Kuala Lumpur, Malaysia


1999 : Mini Exhibition,Shah Alam, Selangor, Malaysia
Bank Negara Art Bazaar,Kuala Lumpur, Malaysia
Group Exhibition Central Market,Kuala Lumpur, Malaysia


2000 : Mini Exhibition, Johor Bahru, Johor, Malaysia
KBK Conlay Art Bazaar,Kuala Lumpur, Malaysia
Garden Party, Garden Party 1,Shah Alam, Selangor, Malaysia
Garden Party 2,Shah Alam, Selangor, Malaysia
Group Exhibition Gallery Shah Alam, Selangor, Malaysia


2001 : Open Exhibition,Gallery Shah Alam, Selagor, Malaysia
KBK Conlay Art Bazaar, Kuala Lumpur, Malaysia
Open Show ,Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, Malaysia
Group Show ,Johor Bahru,Johor, Malaysia
Mini Exhibition,Johor Bahru, Johor, Malaysia
Group Show,Melaka, Malaysia

Solo Exhibition,LIMA 2001,Langkawi, Kedah, Malaysia


2002 : Open Show, Gallery Shah Alam, Selangor, Malaysia
Art workshop,Kuala Lumpur, Malaysia
Group Show Melaka, Malaysia
Mont Kiara Art Bazaar,Kuala Lumpur, Malaysia
Bangsar Art Bazaar,Kuala Lumpur, Malaysia


2003 : Mini Exhibition,Kuala Lumpur, Malaysia
Garden Party 3 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Group Exhibition LIMA 2003,Langkawi, Kedah, Malaysia


2004 : Art workshop,Shah Alam, Selangor, Malaysia
Open Show,Kuala Lumpur, Malaysia
Bangsar Sunday Bazaar,Kuala Lumpur, Malaysia
Shah Alam Sunday Bazaar, Selangor, Malaysia
Mini Exhibition,Johor Bahru, Johor, Malaysia


2005- 2006 : Research and study on art in Langkawi, Kedah, Malaysia


2007 : Group Exhibition,Shah Alam, Selangor, Malaysia
Mini Exhibition,Melaka, Malaysia
Open Exhibition,Kuala Lumpur, Malaysia
KTM Group Exhibition – “ Transformasi Seni Tampak,
Kuala Lumpur, Malaysia

2008 : Balai Seni Lukis Negara/Istana Budaya “Laman Santai”,Kuala Lumpur, Malaysia
Art Workshop, Putrajaya, Malaysia
Group Exhibition, Putrajaya, Malaysia
Art workshop,Shah Alam, Selangor, Malaysia


2009 : Group Exhibition - “ Metamorphosis “ Ico Gallery,New York, USA
ArtTalk and Art Workshop, Bintulu/Kucing, Sarawak, Malaysia
Solo Exhibition- “ Jiwa Rimba Dara ( Soul of The Virgin Jungle ),Sheraton Hotel, Subang Jaya, Selangor. Malaysia
Group Exhibition- “ Tampannya Budi “ ATMA UKM, Balai Seni
Lukis Negara, Kuala Lumpur Malaysia
Solo Exhibition- “ Sprit of The Jungle "( Semangat Rimba ), Damansara,Kuala Lumpur,Malaysia
Artist showcase- "Buy Bling-bling Malaysian Products",Mid- Valley Exhibition Centre,Mid-Valley,Kuala Lumpur, Malaysia













Jumaat, 22 Januari 2010

TEMA-TEMA KARYA

TEMA-TEMA :  1. VIRGIN JUNGLE ( HUTAN DARA )
                       2.  SOUL OF THE JUNGLE  ( JIWA RIMBA )
                       3.  SPIRIT OF THE JUNGLE ( SEMANGAT RIMBA )






Hutanrimba pada kebiasaan dan selalunya digambarkan sebagai suatu tempat yang menakutkan, penuh misteri, tidak selesa untuk dikunjungi dan amat sukar untuk dijelajahi. Lumrahnya apabila diperkatakan akan Virgin Jungle ( Hutan Dara) ianya akan memberi kita kepada satu tanggapan bahawasanya sesuatu yang belum diterokai, diusik dan disentuh serta merujuk kepada keseluruhan keujudannya. Manusia akan selalu mempunyai tafsiran yang mendalam terhadap menentukan keadaan komponen fizikal hutanrimba itu termasuk keadaan eko-sistemnya serta terpukau melihat kehebatan kejadiannya. Dalam konteks ini perpisahan yg ketara dengan manusia serta sifat tidak menerimanya menyatakan ada unsur-unsur persahabatan yg ujud. Hutanrimba pada amnya dirujuk kepada kewanitaan jika diambilkira kejantinaanya dan ini menjadi identiti bagi manusia untuk menerangkan kejadian hutanrimba itu.

Hutanrimba yang mempunyai semangat tempat pada tahap yang berlainan bergantung pada keadaan fizikalnya selalu dialami oleh manusia apabila berada didalamnya disamping pelbagai tanggapan dan pandangan orang ramai terhadap hutan itu sendiri. Perjalanan kehidupan pelukis didalam penggembaraannya semasa berada didalam hutan hampir lebih 15 tahun dinyatakan dalam karya-karyanya. Penghayatan dan kecenderungan beliau terhadap alam semulajadi dapat dilihat dengan jelas pada setiap karya yang dihasilkan. Ekspresi-ekspresi bersahaja berserta dengan lakaran-lakaran dan sentuhan berusnya menceritakan pengalaman beliau.  Beliau mengambarkan pengalaman spiritualnya dengan mempelawa kemasukan unsur luaran berbanding dengan mengosongkan ruang pada dirinya serta menumpukan sepenuhnya pada keadaan sebenar fizikal hutan itu tersendiri. Pada hakikatnya beliau dapat merasai keujudan kedua-dua unsur itu dan ianya saling berkait. Perkataan         ' semangat ' dan ' jiwa ' serta konsep pencantuman yang begitu hampir kepada alam semulajadi ditafsirkan dalam pelbagai rupa termasuk kepada gaya hidup manusia masakini dan lebih dekat lagi bagi memperkatakan kehidupan manusia itu amnya. Bagi pelukis beliau beranggapan bahawa hutan adalah permulaan sesuatu kehidupan samaada dilihat dari sudut pengertian hutan itu secara abstrak maupun fizikal sebenarnya. Dalam konteks ini beliau menyamakan hutan dengan kehidupan harian manusia pada semua tema-tema karyanya.






THE THEMES: 1. VIRGIN JUNGLE
                       2. SOUL OF THE JUNGLE
                       3. SPIRIT OF THE JUNGLE

The jungle is often described as mysterious, impenetrable, uncomfortable and inaccessible. The virgin jungle is a commonly used phrase and relates to the descriptions of it being UNTOUCHED and whole. Most people would often launch an in-depth description of the physical component of the ecosystem, marveling at the complexity of its functions being clearly impressed with its sophistication. In this context, descriptions of its separateness from people and its lack of personal becomingness suggest that there is an inherent friendliness. Reference to the gender of nature and the jungle were only occasional but were consistently feminine.


Spirit of place while on one level inherent in the physical environment is experienced by human beings through a myriad of different world-views and discourses. The socially-constructed aspects of spirit of place necessarily create diversity. The soulful relationships with the nature may let the artists to articulate and communicate such numinous and nebulous experiences and concepts as spirit of place. The expressions are inspiring and can reach people on a deep soul level. On the border between light and dark we dwell, between the familiar tamed land of the bright green rolling dairy pastures and the mysterious writhing intertwining of life-death-life in the shadowy green. The artist described spiritual experiences in the jungle as though he was allowing the outside into him rather than trying to preserve the space for himself by shutting out noise or things of that sort. He could feel the spiritual connections. The word ‘soul’ and ‘spirit’ and the concepts of merging and being at one with the nature were largely confined to the alternative lifestyles and to a lesser extent the environmental activists. To the artists the jungle is the place where life begins. In this context the artist is relating the jungle with our daily life in most of his artworks under the themes

PERIHAL PELUKIS

PERIHAL PELUKIS- AZLAN ADAM


Dinamik,terserlah dan menarik- menggunakan sifat-sifat ini untuk mengambarkan hasil karya pelukis ini adalah agak keterlaluan tetapi untuk menyatakan lukisan Azlan Adam,pelukis anak watan Malaysia bukanlah sesuatu yang sengaja untuk diperbesarkan. Disamping sebagai seorang pelukis beliau juga adalah profesional seni. Minatnya yang begitu mendalam membuatkan beliau bertekad untuk menjadi pelukis sepenuh masa dan memilihnya sebagai satu kerjaya.

Azlan telah berjaya mengadakan unsur-unsur dan ciri-ciri khas didalam setiap hasil karya beliau yang terserlah,terang dan cemerlang warnanya. Minat dan kecenderungan beliau dalam senitampak tergolong dalam 3 cabang/aliran iaitu decorative naive,modern art dan abstrak.

Di peringakat awal penglibatan beliau dalam bidang senitampak kecenderungan Azlan adalah dalam aliran decorative naive dan modern art  sebelum beliau beralih kepada abstrak pada 2000. Beliau sekarang merupakan seorang pelukis Ekspresinis Abstrak yang telah berkecimpung dalam bidang senitampak hampir 20 tahun. Ekspresinisma Abstract adalah satu aliran senitampak dimana pelukis akan mengekspresisasikan sepenuh dirinya dengan pengunaan bentuk dan warna. Ia menjurus kepada penyataan emosi daripada objek. Hampir keseluruhan pelukis dalam aliran ini menggunakan kanvas yang besar,warna yang dramatik dan strok berus yang longgar. Ia juga merupakan seni dalaman emosi, seni ketegangan minda yang menentang akan kesedaran bentuk yang menyelubungi kehidupan manusia hari ini.

Azlan begitu teruja mengalirkan keinginan dalamnya, perasaan dan ekspresi jiwanya keatas kanvas sehingga setiap bentuk akan diwakili oleh garisan,gurisan dan warna. Pada keseluruhannya karya beliau menampakkan penggunaan strok berus bersahaja ditindih dengan garisan dan titik yang berulang. Beliau juga begitu tertarik dengan ekspresisasi dan strok berus bersahaja serta sentuhan diatas kanvas.
Kebanyakkan hasil karya beliau menonjolkan evolusi persekitaran, kebebasan pemikiran,cinta,kecantikan,kejujuran,kebenaran dan ketulusan kehidupan.

Baru-baru ini beliau menemukan dan mengembangkan siri-siri MIND SKETCHING, satu lagi perjalanan penemuan yang menunjukan dimana setiap apa yang kita lakukan ianya dimulakan dan digerakkan oleh minda kita.



ABOUT THE ARTIST


Dynamic, vibrant, impressive – using these adjectives to describe an artist’s work may sound a bit over the top. But when describing the works of home-grown Malaysian artist Azlan bin Adam, it is certainly no exaggeration.

Azlan has established distinctive elements and characteristics in his works of bold, vibrant and brilliant colours. His forte and passion lie in three different branches of art: decorative naïve, modern art and abstracts.


He first started painting decorative naïve and modern art before moving to abstract art in 2000. He now fashions himself as an expressionist abstract artist who has been actively involved in the art community for almost 20 years. Abstract expressionism is a form of art in which the artist expresses himself purely with the use of form and colour. It emphasized the depiction of emotions rather than the objects. Most artists of the movement favor large canvasses, dramatic colours and loose brushwork. It is also the art of the emotive, the art of tension provoked by consciousness of the forms which surround modern human kind.

He really enjoys transforming his inner desire, feelings and expression of soul on the canvas until the forms are totally represented by lines and colours. His artworks are dominantly represented by spontaneous brush strokes overlapped by repeated lines and dots. He liked the expressive and spontaneous brush strokes and gestures on the canvas. His works depicted the evolution of nature, freedom of mind, love, beauty, honesty, the truth and thoughts of life.

He recently acquired, and developed, the MIND SKETCHING series – another journey of discovery indicating that everything we do it is started and initiated by our mind.



KENYATAAN PELUKIS

" Warna adalah kenyataan kehidupan,harmoni,ketahanan diri dan harapan. Warna-warna terang dan terserlah saya membentuk suatu kaedah saintifik untuk pemyembuhan minda dan terapi warna bagi mata. Ekspresinisma Abstrak adalah suatu bentuk meluahkan perasaan dalaman diri dimana ianya tidak tertakluk kepada formaliti seperti menurut dan mengikut peraturan dan garis panduan bagi menghasilkan bentuk,rupa maupun penggunaan warna "

ARTIST STATEMENT


“ Colours represent statement of life, harmony, survival and hope. My strong and bold colours form a scientific approach of healing minds and eyes colour therapy. It also unwinds and exhilarates the mood of the viewers. Abstract Expressionism is a form of expressing inner feelings where I am not bound by formalities such as following and adhering to the rules and guidelines of shape and form as well as colours used.”

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN