KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Khamis, 1 April 2010

CORETAN MINDA DAN PANDANGAN AZLAN 3

Biasalah kalau kita orang Melayu nak maju. Kita lakukan pelbagai usaha samaada dalam perniagaan,pendidikan,politik,kebudayaan,sukan,kerjaya maupun berbentuk peribadi.Dalam erti kata lain usaha dalam segala aspek kehidupan. Ada saja yang tak merestuinya. Biarpun kadangkala tentangan itu datang dari bangsa kita sendiri. Macam satu perangai tak boleh melihat bangsanya maju dan berjaya. Kritikan dan tomahan satu cerita. Cacian dan penghinaan satu cerita lagi.Orang Melayu memang terkenal dengan sifat hasad dengki dan iri hati. Selalunya ditujukan pada bangsa sendiri.Dengan orang lain mereka boleh bertepuk peha,boleh makan semeja dan beramah mesra akan tetapi menjadi sombong bila berhadapan dengan bangsa sendiri. Sebelum berjaya bangsanyalah tempat dia mengadu untuk mendapat bantuan dan sokongan. Apabila berjawatan tinggi segala janji lebur begitu sahaja dan dilupakan.Itu sebab ada kebenaran kata-kata pemimpin terdahulu.." Melayu mudah lupa."


..mentera Semerah Padi


Untuk mendapat sokongan pun jadi satu masalah.Belum lagi hendak pinta bantuan samaada bantuan kewangan ataupun tenaga. Macam-macam alasan yang diberikan.Yang dipinta hanya sokongan bukan wang ringgit mereka. Tu pun susah nak laksanakan apalagi kalau minta duit dari poket mereka sendiri. Sudah pasti hemburan kata-kata yang memedihkan dan menyayat hati terkeluar.

Kalau kita minta bantuan kewangan sekali pun bukannya satu masalah bagi yang meluluskan .Memang kena dan wajar tempatnya kita membuat permohonan sebab yang kita ajukan adalah institusi yang terlibat dalam hal itu. Buka duit keluarga mereka pun sampai berlakunya berbagai karenah dalam melayani permohonon itu. Apalagi kalau permohonan yang diajukan cukup memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.Mereka hanya diberi amanah untuk menjalankan dan mentadbir. Apa yang menjadi kemusyikalan adalah kalau sipemohon memang layak dari segi kredibilitinya dan kesungguhan untuk terus berkembang maju dalam usaha yang dilakukan tidak diberi peluang malah kewibawaannya dinafikan.Sebagai pentadbir dan ketua yang menerajui sesuatu pentadbiran adakala kita kena gunakan akal dan perasaan. Apalagi kalau hal-hal yang melibatkan bangsa kita sendiri. Tolak ketepi soal prinsip dan tatacara. Jika yang mengaju pertolongan itu ada kemampuan untuk melaksanakan usahanya mengapa harus ada biokrasi. Tidakkah kita yang sebangsa dengannya mahu melihat bangsa kita mundur.

Dalam soal politik lagi teruk berlaku. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Sikap pancung memancung sesama bangsa jelas kelihatan. Sepatutnya kita malu dengan bangsa lain. Kita asyik bercakaran dan cuba menegakkan pandangan kita tersendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap kekuatan bangsa kita. Kita sudah lupa dan menidakkan bangsa kita sendiri. Kita rela menindas dan berlaku kejam terhadap bangsa kita. Kita suka bila bangsa kita jadi lemah. Kita cuba menghilangkan sejarah bangsa kita dan ada niat untuk melenyapkannya dari muka bumi.Lebih akur dan megah menobatkan orang lain untuk menjadi ketua kita walhal kita dipihak majoriti. Kenapa rumah yang kita bina untuk anak cucu kita diberi satu sudut kepada mereka yang tidak ada kena mengena dengan kita. Kita selalu berfikir soal kemanusiaan. Jika hanya kita sahaja yang menitikberatkan dan mengalah sedangkan pihak yang lain menidakkan apakah perlu kita terus begitu.Kita kian terhimpit. Hak kita dipersoalkan. Biarpun segalanya mungkin berubah tetapi kita tetap berbangsa Melayu. Jatidiri kita sebagai bangsa yang mempunyai sejarah tersendiri dan kehebatannya perlulah dikuatkan. Kita harus terus bersatu dan mengembeling tenaga agar sentiasa bermuafakat dalam menangani apa jua persoalan kehidupan.Kita harus memperkasakan sikap setiakawan dalam hubungan kita sesama bangsa.


...untuk kita renungkan

Kita seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk membantu bangsa kita dan cepat perhatian.Yang dibantu pula apabila berjaya kelak jangan mudah lupa dan sepatutnya terus memberi bantuan kepada yang memerlukan. Sekiranya kita tidak mempunyai sikap dan sifat mementingkan diri bangsa kita telah lama dihormati dan disegani bukan ditakuti.Tiada yang berani menganggu gugat kesajahteraan kita.

Adakala kita bangga mempunyai kawan yang berjawatan dan berkedudukan tinggi.Akan tetapi apa realitinya kalau kawan tak mampu membantu kawan. Kita mungkin berasa kecil hati jika kita tidak dibantu sedangkan kita ada kemampuan dan mengikut saluran yang betul. Yang kita harapkan adalah sokongan dari kawan itu agar apa yang kita kehendaki terlaksana. Selalu dan kebiasaannya pasti kita gagal. Sebabnya dimasa ini banyak 'kawan yang makan kawan'.

Apakah yang akan terjadi kalau berlakunya perubahan dalam hal ketuanan dinegara ini? Mungkinkah segala apa yang kita kecapi dan nikmati dimasa kini akan terhapus? Sanggupkah kita? Fikir-fikirkanlah...Renung-renungkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN