KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Ahad, 11 April 2010

PENDEDAHAN DIRI PELUKIS

Berkarya dan terus berkarya merupakan salah satu kaedah bagi seseorang pelukis untuk mengenali dan mencari kesenimbungan seninya. Jika dilakukan setiap masa seseorang pelukis mampu memahirkan kebolehannya dalam memperkemaskan jalan cerita atau mesej yang ingin disampaikan. Kecenderungan untuk mempamirkan hasil karya yang terbaru memberi satu peluang untuk pelukis mencatat perjalanan seninya. Ia juga sebagai usaha pelukis agar tidak terpesung jauh pabila berkarya terutama sekiranya sudah lama tidak melakukannya. Sentuhan yang selalu didapati pada setiap karya yang dihasilkan adalah merupakan satu pengenalan atau identiti pelukis biarpun karya itu tidak ditandatangani pasti masih dikenali oleh peminat lukisan akan pelukisnya. Ini juga merupakan satu kekuatan diri pelukis dan salah satu cara pendedahan diri disamping pameran dan promosi yang lain.

Selain dari itu seseorang pelukis perlu peka akan hal persekitaran dan semasa agar setiap karya yang ingin dihasilkan adakalanya diterimapakai atau dikehendaki oleh pasaran. Pelukis juga perlu menyakinkan dirinya dimasa kini selain berkarya seorang pelukis juga adalah merupakan 'ahli perniagaan'. Oleh kerana itu seseorang pelukis perlu melengkapkan dirinya mengenai hal-hal ekonomi dan pasaran agar apa yang diusahakannya mendapat sambutan dan diterima. Pelukis juga perlu sentiasa melakukan sketsa-sketsa sebagai bahan rujukan pada masa akan datang. Ada ketikanya pembeli karya lukisan ingin memiliki juga sketsa lukisan yang berkaitan. Sketsa merupakan satu catatan mengenai idea yang mendatang secara spontan dan cara merekodkan serta mencatatkannya boleh dilaksanakan pelbagai cara. Pada kebiasaannya seorang pelukis ada memiliki buku sketsa sebagai media beliau mencoret dan mencatat buah fikiran atau ideanya.

Antara usaha lain adalah kerap bertukar fikiran sesama rakan pelukis dan juga memperbanyakkan membaca apa lagi perihal senilukis serta juga pasaran. Seseorang pelukis yang mengemaskinikan dirinya dengan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia senilukis tempatan dan global akan menjadikannya sentiasa bersedia dengan penghasilan karya-karya yang menjadi rebutan peminat senilukis. Pabila bertemu dengan pelbagai peringkat manusia seorang pelukis yang mempunyai pengetahuan yang meluas dalam apa bidang sekalipun tidak akan berasa janggal disebabkan dirinya dilengkapi pengetahuan yang diperlukan. Jadi seorang pelukis yang memiliki ciri ini tidak akan terasa tersisih atau diperkecilkan bila berada dikelompok masyarakat yang berlainan status pekerjaannya.

Walaupun pelukis adalah orang seni akan tetapi kehendak semasa dan pasaran perlu dititikberatkan agar dirinya tidak ketinggalan. Pelukis tetap pelukis akan tetapi dimata masyarakat seorang pelukis ada kehebatannya yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN