Adakalanya sesebuah sketsa tidak mempunyai tajuk atau tema akan tetapi ia akan menjadi lebih bermakna sekiranya telah diberi tajuk atau tema terlebih dahulu. Jika seorang pelukis membuat lukisan secara bersiri ini amat diperlukan agar karya-karya yang akan dihasilkan mempunyai kesinambungan dan rentetan. Secara ringkas jika seseorang pelukis ada membuat sketsa-sketsa terlebih dahulu maka peminat senilukis akan senang memahami jalan penceritaan karyan yang dibuat kerana adanya catatan yang telah dibuat. Oleh sebab itu sketsa tersebut amat diperlukan. Ada segelintir peminat seni mengikuti secara dekat akan perkembangan dan perjalanan senilukis seseorang pelukis yang diminatinya. Pelukis yang melazimkan dan memperbanyakkan membuat sketsa adalah seorang pelukis yang sentiasa ingin memajukan hasil kerjanya. Dengan demikian seorang pelukis akan secara tidak langsung sentiasa melakukan latihan dan memperbaiki apa jua kelemahan beliau dalam menghasilkan karya yang baru.
Mixed Media Geologic Abstract Painting, "Ancient Artifacts 2" by Carol
Nelson Fine Art
-
* This highly textured geologic abstract features clay medallions, gold
lace paper, and various texture mediums. I painted this as a demo for a
recent wor...
2 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan