Ini merupakan peringkat permulaan saya berkarya yang mana ianya masih ditahap 10% siap dan ketika ini saya melakarkan sketsa saya secara 'monotone' dengan sentuhan strok berus bersahaja dan longgar bagi menggambarkan situasi unsur 'spritual' yang terdapat dihutanrimba. Saya cuba gabungkan unsur-unsur ini dengan elemen-elemen angin dan air. Jika diteliti dengan rapi kita dapat melihat keseragaman antara unsur-unsur itu yang diolah.Warna gelap menceritakan bermulanya sesuatu dalam kehidupan akan tetapi membawa pelbagai tafsiran dan makna. Pada kebiasaanya saya akan terus bermain dengan berus diatas kanvas dan mengikut gerak naluri saya yang diberpandukan ilham dari minda. Inilah yang dimaksudkan ekspresi jiwa. Tanpa sebarang rujukan olahan itu disempurnakan dalam masa yang singkat dan terhenti begitu sahaja. Saya cukup gemar dan terpesona dengan gerakan ini yang mana ianya begitu mengujakan diri saya. Saya begitu bersemangat ketika berkarya sesuai dengan apa yang ingin saya lontarkan keatas kanvas itu..SPIRIT yang bermaksud semangat.
Penggunaan monotone pada peringkat ini hanyalah untuk saya memperolehi jalinan cerita dan mesej yang ingin saya sampaikan selari dengan tajuk karya yang akan saya judulkan. Ianya tidak akan berhenti begitu sahaja berkemungkinan saya akan adunkan dengan warna-warna lain agar identiti karya saya tidak lari dan terdapat kesinambungannya. Ini adalah disebabkan saya lebih gemar berkarya dalam bentuk bersiri agar jalan penceritaannya mudah difahami dan diertikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan