KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Sabtu, 3 April 2010

PENTERJEMAHAN KARYA SIRI VIRGIN JUNGLE

Kali ini saya ingin berbicara mengenai karya lukisan saya yang terdahulu yang mana jarang dan mungkin tiada saya tonjolkan
mengenainya. Inspirasi untuk saya terus berkarya mengenai hutanrimba mula saya perolehi bilamana karya-karya ini mendapat perhatian diperingkat antarabangsa terutamanya dari laman-laman web yang saya sertai dan juga geleri-galeri lukisan diluar negara. Pada waktu itu saya menghasikan siri-siri hutanrimba dibawah tema Virgin Jungle. Berikut adalah diantara karya-karya lukisan yang ingin saya terjemahkan maksudnya.
                                                                                      ...virgin jungle 1
Saya lebih gemar untuk menggunakan warna-warna lembut dan disulami dengan warna-warna gelap bagi memadankan jalan penceritaannya. Warna pastel bagi mengolahkan tanah dan bukit mengambarkan
keluhuran,ketabahan,jujur
dan amanah. Warna cerah ini dilapisi dengan warna lembut bagi menguatkan fokus aliran didalamnya yang memberi erti berterusan.
Warna hijau muda/hijau daun dan biru laut dalam ertikata lain
melambangkan kedamaian,tenang dan tersendiri manakala warna gelap samar menceritakan perbezaan dua suasana. Sama dengan realiti kehidupan kita yang dipenuhi dengan berbagai ragam manusia begitu jugalah keadaannya didalam hutan. Hubungan antara flora dan fauna umpamanya jelas kelihatan yang mana pokok yang tinggi dan besar akan mengatasi pokok yang rendah dan bersaiz kecil. Juga kepada penghuni didalamnya yang mana yang bersaiz besar akan mengatasi yang kecil. Sinonim ini boleh dipadan dengan keadaan sebenar kehidupan manusia. Pokok berwarna hitam membayangkan sesuatu yang pernah ujud dan berada dilokasi itu pada suatu masa dahulu serta telah lenyap dari pandangan manakala pokok berwarna putih melambangkan sesuatu yang baru hadir atau ujud. Warna merah adalah kesungguhan dan kesanggupan merentangi apa jua halangan. Juga membayangkan jatidiri dan kemantapan kehendak. Manakala pokok dan tumbuhan berwarna kuning bermaksud kesetiaan.

Ada unsur-unsur air dan angin yang diserapkan. Ini diolah dengan menggunakan warna biru muda serta buff titanium  bagi mencerminkan suasana tenang. Warna-warna ini membawa maksud kejituan dan keharmonian. Titik dan garisan adalah sesuatu yang berulang-ulang kali ditonjolkan. Ini adalah untuk menggambarkan permulaan dan pengakhiran bagi sesuatu manakala objek kekotak dan segi melambangkan ketinggian,fokus serta struktur keadaan. Objek seperti ranting-ranting pokok,daun dan adakalanya umpama pokok pakis adalah menggambarkan tumbuhan renek dan kecil yang membawa maksud saling membantu serta bertolak ansur. Dalam suasana sebenar hutanrimba tumbuhan dan keadaan ini adalah pelengkap suasana serta juga sebagai penyeri.

...virgin jungle 3
Jika diperhatikan secara dekat seperti ada sesuatu yang saya cuba ketengahkan dengan membuatkan lukisan ini seolah-olah berserabut dan tidak menentu. Ada kalanya seperti berlapis-lapis,berulang-ulang dan menenggelamtimbulkan sesuatu subjek. Juga rupa tumbuhan yang mungkin tiada dialam nyata dan inilah cara saya memaksimakan impak terhadap karya saya. Ada tetapi tiada dan tiada tetapi ada. Namun jelas kelihatan keseragamannya walaupun kompleks. Ini adalah penyampaian yang dibuat bersandarkan apa yang terlihat diminda saya. Pada umumnya lukisan saya ini mengambil elemen-elemen yang terdapat dalam hutanrimba. Dengan pengamatan sendiri saya cuba mengandingkan elemen-elemen ini dengan realiti kehidupan kita dan inilah apa yang saya maksudkan. Faktor-faktor sampingan juga diambilkira bagi menguatkan jalan penceritaan. Faktor seperti keadaan fizikal hutanrimba,cuaca dan masa juga ada memainkan peranan disamping faktor-faktor lain. Bagi memadankannya dalam karya saya penggunaan berbagai-bagai warna adalah cara saya menyampaikan maksud ini. Warna gelap saya padankan dengan warna terang manakala warna lembut saya padankan dengan warna garang. Diantaranya saya calitkan sedikit garisan atau titik bagi memisahkan dua penceritaan yang berbeza tetapi kearah maksud yang sama.

Hutanrimba merupakan satu tempat yang begitu mengujakan kita bila berada didalamnya.Sesuatu yang selalu dan kebiasaannya disamaertikan fizikal dan keadaannya umpama seorang dara;kewanitaan. Walaupun bersifat lembut tetapi mempunyai ketegasan dalam setiap urusan.

Bersandarkan pengertian ini saya namakan judul karya-karya saya sama dengan judul tema iatu VIRGIN JUNGLE,dibuat secara bersiri agar ada rentetan penceritaan bagi memudahkan peminat-peminat seni mengikuti perkembangan perjalanan seni saya. 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN