Setiap pelukis mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza-beza mengenai perihal subjek atau motif yang ingin dipertengahkan. Selalunya bergantung kepada mesej dan jalan cerita yang ingin disampaikan kepada umum. Ada segelintir dari mereka memilih untuk mempelbagaikan karya yang ingin dihasilkan samaada perihal subjek atau motif serta juga jalan cerita dan mesej yang berlainan. Tiada rentetan dan kesinambungan antara satu karya dengan yang lain. Ini bagi memudahkan mereka untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada penghasilan sesuatu karya lukisan. Tema dan tajuk lukisan juga tidak sama dan sinonim. Jadi tidak hairanlah pelukis sedemikian mempunyai bermacam-macam penceritaan dalam karya mereka dan adakala jelas kelihatan dengan begitu ketara perbezaannya karya-karya lukisan tersebut.
Lain pula kisahnya bagi pelukis yang gemar menghasilkan karya lukisan dalam bentuk bersiri. Pada pandangan mereka cara dan kaedah yang digunapakai lebih memudahkan orang ramai serta peminat senilukis untuk memahami mesej dan jalan cerita karya lukisannya. Bagi orang ramai dan peminat senilukis pula mereka lebih cenderung untuk memiliki karya lukisan yang mempunyai rentetan penceritaan serta kesinambungan apatah lagi sekiranya keseluruhan mesej dan perihal subjek karya itu ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Sesebuah karya lukisan yang senang di ertikan maksud dan bersiri penghasilannya akan menjadi pilihan kepada peminatnya.
Dalam menghasilkan karya bersiri seseorang pelukis perlu peka kepada keadaan semasa dan minat pembeli. Jangan sesekali bagi seorang pelukis mengadakan lukisan yang diluarkan jangkauan minda dan kefahaman mereka biarkan dibuat secara bersiri. Jalan cerita yang ingin disampaikan akan menjadi celaru dan lemah disebabkan pelukis itu sendiri tiada mengetahui secara mendalam akan mesej lukisan itu. Kesedaran dan ketelitian terperinci akan sesuatu perihal subjek atau motif juga perlu kerana ini akan menjadi satu penanda aras bagi menentukan kekuatan karya yang dihasilkan apa lagi jika ia bersiri. Kelemahan dalam hal ini ada kaitan terhadap kurangnya penerimaan orang ramai atau peminat seni lukis akan karya tersebut serta menjejaskan pemasaran dan jualan.
Kenapa perlu bersiri?
1. Terdapatnya pengikut setia
2. Memudahkan pemasaran dan jualan
3. Lebih penerimaan dan kefahaman
4. Menonjolkan identiti pelukis
5. Satu penjenamaan dan ' trademark '
6. Impak dan keberkesanan jalan cerita
Pada kesimpulannya karya lukisan yang dihasilkan secara bersiri mempunyai banyak kelebihan dari lukisan yang pelbagai jalan cerita atau tidak bersiri. Secara umumnya lukisan yang bersiri mendapat sambutan yang lebih dari pasaran terutama bagi golongan yang benar-benar mengetahui dan memahami senilukis.
Mixed Media Geologic Abstract Painting, "Ancient Artifacts 2" by Carol
Nelson Fine Art
-
* This highly textured geologic abstract features clay medallions, gold
lace paper, and various texture mediums. I painted this as a demo for a
recent wor...
2 bulan yang lalu
Assalamualaikum, salam ziarah. Banyak manfaat dari nukilan-nukilan sdr ini, terima-kasih.
BalasPadamSalam.Dgn memuat turun gambar2 terkini dpt memberi pendekatan yg bagus buat pengikut2 karya seni saudara serta memberi peluang & berkongsi bagaimana cara sesebuah karya seni itu di hasilkan...
BalasPadamSalam. Terima kasih kembali. Pandangan dan komentar yang bernas sangat-sangat dihargai. Memang keinginan saya untuk berkongsi pandangan dan buah fikiran untuk tatapan bersama. Apalagi ingin mengajak peminat-peminat senilukis dan orang ramai mengikuti perjalanan seni saya.Hanya itu yang dapat saya sumbangkan kepada masyarakat demi perkembangan senilukis tempatan.
BalasPadam