KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Ahad, 21 Mac 2010

TEMA DAN TAJUK LUKISAN

Setiap lukisan yang dihasilkan terlebih dahulu ditentukan akan temanya. Tema ini akan menjadi garis panduan oleh seseorang pelukis untuk menjalinkan satu penceritaan dalam menghasilkan karya lukisannya. Pada kebiasaannya pelukis yang melazimkan penghasilan karyanya dalam bentuk bersiri akan menggunakan kaedah ini. Ini diperlukan agar terdapat kesinambungan dalam setiap karyanya dan menampakkan jalan cerita yang mudah difahami dan diertikan.Dari sudut seni lukis dan pasaran kaedah ini menonjolkan kesungguhan pelukis dalam memertabatkan idealogi dan citarasanya terhadap apa yang ingin disampaikan kepada umum. Ia juga memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan pelukis itu serta perjalanan seninya. Rata-rata pelukis yang telah menempah nama dalam persada seni lukis dunia menjalinkan cara ini.

Setelah tema ditetapkan barulah tajuk lukisan itu diberi nama samaada sebelum lukisan dihasilkan atau selepas ianya disiapkan. Kronologi kesinambungan karya lukisan itu secara bersiri memberi satu ' penjenamaan tajuk ' bagi memudahkan untuk memahami akan maksud dan penceritaannya. Kadangkala terdapat kesaksamaan dan hampir serupa bagi menamakan sesebuah tajuk sesebuah lukisan. Kebiasaanya tajuk yang diberi mudah difahami dan diertikan oleh orang ramai. Selalu juga tajuk yang diberi tidak mengambarkan cerita sebenar apabila dirujuk kepada karya lukisan tersebut. Ini adalah pelukis cuba ' menyorokkan ' cerita sebenar dalam karyanya.

Ada dikalangan pelukis yang tidak mementingkan atau menentukan tema dan tajuk bagi menghasilkan karyanya. Kebiasaannya mereka akan terus menghasilan karya mereka samaada berpandukan idea yang datang secara spontan maupun dari lakaran-lakaran yang telah mereka sediakan terlebih dahulu sebagai rujukan. Ini akan lebih memudahkan mereka terus berkarya tanpa sebarang gangguan untuk memikirkan tema dan tajuk lukisan mereka. Mereka lebih gemar untuk menamakan tema dan tajuk lukisan mereka setelah ianya sempurna dihasilkan. Bagi kaedah ini tumpuan lebih diberikan kepada penghasilan karya itu.

Kekuatan seorang pelukis adalah terletak kepada kemampuannya untuk menghasilkan lukisan walaupun apajua tema dan tajuk diberi. Ini adalah kerana pelukis boleh dianggap 'perpustakaan bergerak' atau 'a walking library'. Pelukis terlalu peka akan persekitaran. Mereka akan menyampaikan apa jua pendangan mereka tentang alam sekeliling melalui karyanya. Ini adalah perjuangan mereka.

Dekatilah diri anda dan cuba menyelami hatibudi dan pemikiran seorang pelukis. Bincanglah apajua tajuk mengenai kehidupan pasti anda akan terpesona dengan kemampuan mereka melontarkan buah fikiran. Jadi tidak hairanlah seorang pelukis mampu menghasilkan sebarang bentuk lukisan berpandukan tema dan tajuk yang anda kehendakki. Itulah realitinya seorang yang bergelar pelukis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN