KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Khamis, 13 Mei 2010

KARYA SENI AZLAN ADAM NO.28

LAGI SIRI HUTANRIMBA





                                   TAJUK        :    TIADA TAJUK
                                   MEDIA        :    AKRILIK ATAS KANVAS
                                   UKURAN   :     22 cm x 22 cm
                                                              ( 8 3/4 in x 8 3/4 in )
                                   TAHUN       :    2009
                                   HARGA       :     SILA RUJUK ARTIS

Rabu, 12 Mei 2010

KARYA SENI AZLAN ADAM NO.27

LAGI SIRI HUTANRIMBA





                              TAJUK        :     TIADA BERTAJUK
                              MEDIA        :     AKRYLIK ATAS KANVAS
                              UKURAN   :      22 cm x 28 cm
                                                          (  8 3/4 in x 11 in  )
                              TAHUN      :       2009
                              HARGA      :       SILA RUJUK PADA ARTIS

KARYA SENI AZLAN ADAM NO.26



LAGI SIRI HUTANRIMBA





TAJUK     :     TIDAK BERTAJUK
MEDIA       :  AKRYLIK ATAS KANVAS
UKURAN     :      22 cm x   24 cm
                                        (  8 3/4 in x 9 1/2 in )
TAHUN        :    2009
HARGA     :   RUJUK PADA ARTIS







Isnin, 10 Mei 2010

RAGAM PELUKIS

Pelukis adalah manusia 'terpilih' yang diberikan kelebihan untuk mencatatkan kejadian atau peristiwa melalui penyampaian mereka diatas media catan. Semua manusia boleh melukis akan tetapi dapatkah lukisan yang mereka hasilkan mampu memuaskan hati serta mendapat perhatian dari orang lain? Inilah yang membezakan orang ramai dengan seorang pelukis. Kebiasaannya seorang pelukis itu mempunyai sensitivi terhadap kehidupan dan persekitaran. Jiwa mereka halus dan amat tersentuh. Maka tidak hairanlah ada segelintir pelukis yang bersikap pendiam,ego dan 'sombong'. Rata-rata pelukis yang peka kepada dunia selukis dan pasaran mengikis sikap ini dan mereka lebih terbuka,ramah dan senang didekati. Ini adalah perlu bagi mereka kerana mereka menganggap diri mereka bukan hanya semata-mata seorang pelukis malah adalah juga seorang peniaga.

Disebabkan pelukis adalah seorang manusia maka tidak hairanlah jika terdapat ada diantara mereka yang mempunyai hati yang gelap,irihati,dengki dan khianat. Mereka ini lebih mementingkan diri semata-mata tanpa memikirkan kesan akan mereka terima disebabkan bersikap begitu. Mereka gemar menjatuhkan kredibiliti rakan pelukis sendiri dan cuba mengambil kesempatan demi untuk kepentingan peribadi. Ada juga pelukis yang suka menyendiri dan mengasingkan diri mereka dari masyarakat. Bagi mereka hasil karya lukisan mereka adalah semata-matanya dan bukan diri mereka. Kita selalu diperagakan dengan karya lukisan seseorang pelukis akan tetapi tidak mengenali mereka. Pelukis yang selalu mempromosikan diri mereka mampu dikenali ramai dan mendatangkan kesan terhadap pemasaran karya mereka.

Dimasa kini terdapat beberapa  cara bagaimana seseorang pelukis memasarkan hasil karya lukisan mereka. Antaranya:-
    
      1. Pameran-
           a) Diadakan samaada berkumpulan atau solo
                dan diuruskan oleh orang lain serta juga ada yang
                diuruskan oleh mereka sendiri.
                Ini pada kebiasaanya dilakukan samaada digaleri
                lukisan maupun diruang pameran bangunan dan
                jangkamasa adalah singkat
           b) Diperagakan diruang-ruang pusat perniagaan dan 
                juga pejabat-pejabat. Juga diadakan samada 
                secara berkumpulan atau solo. Jangkamasa 
                pameran agak panjang dari kebiasaan.

     2.  Jualan terus-
           a) Dijual diruang perniagaan yang diuruskan dan
                kendalikan oleh pelukis tersebut
           b) Dipasarkan melalui internet samaada dilaman
                sawang atau blog.

     3.  Risalah,katalog dan brosur-
               Selain itu ada segelintir pelukis yang mengedarkan
               risalah,katalog dan brosur sebagai salah satu
               kaedah pemasaran. Ini adalah salah satu cara
               pemasaran yang murah dan mudah diketahui
               awam
     4.   Wawancara dan temubual dengan wartawan atau
           penulis seni dimedia cetak maupun media elektronik.
           Penampilan pelukis dengan kaedah ini mampu
           mendekatkan mereka kepada masyarakat serta
           memberi ruang kepada masyarakat mengenali
           mereka dan apa yang mereka lakukan.

     5.   Penerbitan buku mengenai pelukis dan hasil karyanya
           serta jurnal mengenai perjalanan seni mereka.
           Kaedah ini pada kebiasaannya digunakan oleh
           mereka yang telah berjaya dalam dunia senilukis
           yang diceburi serta telah mencapai satu kedudukan
           dipersada senilukis tempatan maupun antarabangsa.

Pelukis sama juga dengan penggiat seni yang lain. Mereka mempunyai matlamat dan halatuju yang ingin mereka capai.
Disamping mendapat perhatian dari dunia senilukis seseorang pelukis juga memerlukan sokongan dari semua
pihak samaada dari orang yang terdekat dengan mereka,rakan taulan,sahabat handai dan juga peminat senilukis. Seseorang pelukis akan berasa berbesar hati sekiranya penglibatan mereka serta usaha yang dijalankan mendapat pengiktirafan dari sesuatu pihak apalagi jika ianya datang dari pihak kerajaan sendiri. Disamping itu pengikhtirafan oleh dunia luar terhadap karya lukisan mereka juga ada kesannya. Ini adalah kerana karya lukisan mereka mampu bersaing diperingkat antarabangsa dan sudah tentulah ada kriteria yang telah menepati piawaian yang diperlukan.

Sesungguhnya apa lagi yang amat diperlukan oleh seseorang pelukis jika hasil karya mereka mendapat sambutan,
perhatian dan pengikhtirafan. Ini adalah pencapaian yang sangat-sangat diinginkan oleh hampir kesemua pelukis yang ada. Sesuatu yang amat dibanggakan bagi mereka yang bergelar pelukis samaada yang professional maupun amatur. Pelukis penjana minda. Pencatat peristiwa dan kisah secara nampak dan jelas.
              
               

IDEA DAN KEFAHAMAN

Bagi setiap pelukis untuk mendapatkan idea untuk sesebuah karya mereka adakalanya ia berpandukan kepada persekitaran kehidupan yang mereka lalui dan alami juga berdasarkan kepada perkembangan semasa. Kepekaan terhadap akan sesuatu biasanya mampu memberikan sesebuah karya itu menarik dari segi olahan dan peceritaannya. Bagi peminat senilukis ini akan memudahkan mereka memahami apa yg ingin disampaikan oleh pelukis tersebut dan menerima maksud karya itu dengan jelas.

Disamping itu ada juga segelintir pelukis yang memperolehi idea untuk sesebuah karya mereka melalui ilham yang mendatang secara spontan. Pelukis akan cuba mencatatkan ilham tersebut keatas buku sketsa atau pun melakarkan terus kemedia catan. Ini bagi memudahkan ilham tersebut mampu direkodkan dan tidak pudar dari ingat mereka serta menjadi rujukan kelak. Seseorang pelukis perlu memahami intipati idea yang ingin disampaikan bukan hanya sebagai sekadar pencetus kerja mereka. Kekuatan sesebuah karya lukisan juga bergantung kepada mesej dan jalan cerita idea yang ingin diutarakan selain dari kekuatan olahan serta keberkesanan penyampaiannya. Oleh itu seseorang pelukis seharusnya mengerti apa yang ingin mereka sampaikan dari segala aspek senilukis dan pemasaran.

Sesebuah karya lukisan yang 'kosong' dan tiada kekuatan menjadikannya kurang mampu menarik peminat seni atau yang melihatnya biarpun ianya 'cantik' dari pandangan mata. Maka tiada hairanlah karya lukisan tersebut tidak mendapat perhatian sewajarnya. Bagi menghasilkan karya lukisan yang mempunyai kekuatan yang tersendiri seseorang pelukis seharusnya menjalankan kajian dan penganalisaan terhadap jalan cerita karyanya.

Sesebuah karya yang dapat difahami dan dimengertikan maksudnya akan menjadi pilihan dan kesukaan peminat seni atau orang ramai. Bagaimana kekuatan karya itu mampu ditonjolkan bergantung kepada pelukis itu tersendiri. Seharusnya setiap lukisan yang dihasilkan perlu mendapat pandangan dari orang lain. Ini adalah untuk pelukis itu mengumpul data maklumat dari segi penambahbaikan karyanya dan tidak menjadinya seorang yang hanya bergantung kepada diri sendiri semata-mata. Pandangan dan kritikan dari orang lain adalah perlu kerana lukisan yang dihasilkan adalah untuk tontonan dan koleksi orang ramai maka merekalah yang sepatutnya menjadi 'juri atau pengadil' kepada hasil karya pelukis tersebut.  Oleh itu seseorang pelukis yang ingin  memajukan diri mereka seharusnya mempunyai keterbukaan dari menerima teguran dan pandangan biarpun dari sudut kacamata orang ramai mereka ini mempunyai ego yang tinggi.  Pelukis adalah manusia yang begitu sensitif dan halus jiwanya. Maka masyarakat perlu sedar akan ini dan ciri-ciri ini dapat diketemukan dalam setiap karya yang peluksi tersebut hasilkan.

Idea yang bernas dan bagus penyampaiannya akan mudah difahami. Keterserlahan idea yang diolah mengikut citarasa pelukis tersebut adalah salah satu kekuatan karya mereka selain dari menengahkan identitinya. Dekatilah pelukis maka anda akan mengetahui dunia mereka.

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN