KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Isnin, 14 Jun 2010

CORETAN MINDA DAN PANDANGAN AZLAN 5

Perkembangan seni lukis tempatan mampu bergerak lebih jauh lagi dan karya lukisan akan menjadi satu komiditi sekiranya setiap pelukis tanahair memikirkan cara dan perlaksanaan yang berkesan serta positif bagi menjayakannya. Sudah tiba masanya kelompok pelukis mengambil inisiatif agar impian untuk memertabatkan seni lukis sebagai profesyen yang yang amat dibanggakan terlaksana. Imej seorang pelukis perlu tinggi dimata masyarakat bukan sebagai satu golongan yang dipandang rendah. Kalau ada yang dinobat pun bukan kerana karya lukisan yang dihasilkan oleh mereka itu bermutu akan tetapi disebabkan kerana lamanya mereka berada didalam bidang tersebut. Pengalaman dan penonjolan menjadi kriteria utama dalam pengiktirafan tersebut. Mereka yang selalu mendapat publisiti atau mendapat sokongan dari mana-mana pihak akan diiktiraf sebagai pelukis yang mempunyai kredibilitinya dan harus disanjung. Tiada mana-mana pihak mampu mempertikaikannya. Jika disorot kepada hasil karya pelukis tersebut tiada langsung ada keistimewaannya dan dalam erti kata yang lain tiada perkembangan seninya. Persoalannya kenapa mereka mendapat pengiktirafan sedemikian rupa walhal di persada seni lukis tempatan belum ada lagi pengritik seni lukis maupun penilai seni lukis? Yang ada adalah golongan profesional yang hanya mampu memberi ulasan dan pandangan dari sudut akademik.

Malaysia ketandusan serta tiada pengkritk seni lukis juga penilai seni lukis. Dengan ketiadaan mereka perkembangan seni lukis tempatan adalah hambar dan statik biarpun ada usaha untuk menaikkan martabat seni lukis tersebut. Mereka ini amat diperlukan untuk memberi pandangan yang bernas agar setiap karya lukisan yang dihasilkan dan dibeli mempunyai nilai tambahan serta menjadi suatu pelaburan. Yang ada di Malaysia adalah wartawan seni atau penulis seni dan kebanyakkan mereka ini melapurkan sesuatu berita seni lukis berpandukan pada apa yang mereka lihat atau yang diberitahu oleh pelukis tersebut. Ini disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan mereka terhadap seni lukis semasa. Jadilah mereka sebagai seorang pelapur dan bukan pengkritik seni lukis. Dengan ketiadaan usaha secara serius serta berterusan maka karya-karya lukisan pelukis-pelukis tempatan di pertikaikan hasil dan mutunya walhal apa yang mereka tonjolkan dalam karya mereka adanya setaraf dan mungkin melebihi pelukis-pelukis antarabangsa.

Pihak galeri seni lukis tempatan umumnya hanya menengahkan karya-karya lukisan para pelukis yang mampu memberi pulangan yang lumayan kepada mereka pada setiap pameran yang diadakan.Mereka tidak langsung menitikberatkan kualiti karya lukisan yang dipamerkan dan diperagakan sebaliknya menitikberatkan harga yang ditawarkan pelukis tersebut. Ada semacam satu usaha untuk menggagalkan perkembangan sihat seni lukis tempatan.Pengusaha-pengusaha galeri lukisan lebih cenderung kepada sesuatu karya lukisan yang pada mereka mampu dijual sebaliknya tanggapan mereka itu tersasar. Mereka begitu lemah dalam mentadbirkan usaha memajukan seni lukis tempatan dan lebih memikirkan akan keuntungan yang mereka perolehi. Untuk membuat satu perbandingan antara pelukis tempatan dan pelukis antarabangsa adalah bukan jalan yang terbaik sebaliknya kefahaman terhadap perkembangan seni lukis perlu dititiberatkan. Setiap karya lukisan yang dihasilkan mempunyai kekuatan tersendiri dan sekiranya ia tidak mendapat sokongan dari pengusaha galeri  lukisan tempatan untuk menengahkannya maka karya dan pelukis tersebut tidak akan mendapat liputan atau perhatian dipersada seni lukis tempatan maupun antarabangsa. Jadi persoalan perbandingan tidak harus ujud. Seharusnya ada perbincangan diantara pelukis,penggiat seni dan pengusaha galeri untuk mencari mekanisma terbaik demi menaikkan taraf seni lukis tempatan serta mengujudkan hubungan dua hala yang berterusan.

Setiap mereka yang terlibat dalam bidang ini harus memikirkan halatuju dan arah perkembangannya. Usaha yang bertali arus untuk memertabatkan seni ini sebagai satu industri perlu diadakan dan diusahakan. Jangan biarkan kredibiliti pelukis yang ada dipersada seni lukis tempatan terkubur begitu sahaja tanpa sebarang tindakan yang berkesan. Pihak kerajaan perlu dimaklumkan akan perkara ini dan sokongan padu dari mereka amat diperlukan. Pelukis perlu bergerak dalam satu kumpulan yang penuh dengan visi dan matlamat bukan sekadar menjadi penghias atau pelengkap bidang itu sebaliknya menjadi pemangkin,penggerak dan pejuang seni lukis. Segalanya terletak dibahu para pelukis yang ada untuk menjayakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN