Lukisan merupakan satu rakaman tampak yang dinyatakan,ditonjol,digarap atau diolah diatas media untuk memberi pandangan dan persepsi pelukis terhadap apa yang dilihat,dialami dan diandaikan. Pada kebiasaannya pelukis mengambil subjek matter tertentu untuk diceritakan dalam karya lukisannya.Fokusnya adakala bergantung jalan cerita atau mesej yang akan diketengahkan. Kekuatan sesuatu karya lukisan seseorang pelukis terletak kepada bagaimana dia memahami cerita atau mesej yang ingin disampaikan disamping penggunaan warna dan kehalusan hasil kerja yang
dibuat.Kesungguhan dalam penghasilan sesebuah karya lukisan adalah amat penting dan perlu agar ianya dapat diterima dan memberi kepuasan kepada yang melihatnya.
Seseorang pelukis akan cuba melakukan yang terbaik untuk menghasilkan karya lukisannya.Pengamatan dan kecenderungan pelukis terhadap subjek matter karyanya adalah sesuatu yang memberi kesan dan impak sekiranya beliau menitikberatkan aspek-aspek yang mampu memberi kekuatan karyanya. Penyelidikan dan kefahaman terhadap subjek matter adalah keutamaan didalam penghasilan karya tersebut. Dengan adanya penyelidikan dan kefahaman maka karya yang dihasilkan akan memberi kepuasan samada kepada pelukis juga kepada yang melihatnya. Ini kerana setiap faktor dalam penghasilan karya tersebut dibuat dengan terperinci dan mempunyai garis panduan.
Lukisan juga adalah satu rakaman mengenai kehidupan dan disampaikan kepada orang ramai dalam berbagai cara dan umumnya adalah sesuatu yang tampak dan jelas.Pelbagai persepsi boleh diandaikan terhadap sesuatu karya lukisan yang dihasilkan. Karya yang baik dapat memberi impak kepada yang melihatnya. Apa jua corak kehidupan mampu direkodkan dan dirakamkan melalui lukisan. Ia suatu penonjolan tampak yang menggunakan warna dan media. Bagaimana ia dihasilkan bergantung kepada seseorang pelukis itu.
Sesebuah karya lukisan mampu menyentuh perasaan dan pengamatan kepada mereka yang melihatnya samaada ia memberi tanggapan positif maupun sebaliknya. Lukisan yang dapat memberi reaksi atau kesan terhadap yang melihatnya adalah karya lukisan yang ada kekuatan tersendiri. Tidak kira ia akan menjadi pilihan atau koleksi pembeli tetapi yang utamanya ia dapat memberi impak kepada yang melihatnya. Setiap lukisan yang dihasilkan ada mempunyai sinonim atau kesamaan dalam kehidupan setiap manusia. Oleh itu tidak hairanlah kenapa sesebuah karya lukisan itu dibeli dan miliki oleh individu tertentu. Ini adalah kerana pada lumrahnya mesej lukisan tersebut mempunyai pengertian dalam kehidupan yang membeli dan memilikinya. Setiap peminat seni lukis atau kolektor mempunyai kefahaman dan minat tertentu terhadap karya yang dibeli. Mereka tidak akan memiliki sesebuah karya lukisan itu jika ianya tiada kaitan dalam kehidupannya. Adakala karya lukisan yang dibeli disebabkan oleh minat dan keinginan yang memilikinya.
Geologic Abstract Painting "RAINBOW CANYON 2" by Colorado Mixed Media
Artist Carol Nelson Fine Art
-
* The heavy texture is even more spectacular in person on this geologic
abstract. All the colors of the Southwest desert are represented in this
painting....
2 minit yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan