KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Isnin, 17 Mei 2010

SENI LUKIS DAN REALITI


Terlalu banyak cabang seni yang ada di Malaysia diantaranya adalah seni persembahan dan seni tampak yang begitu aktif dan diceburi oleh penggiatnya.Rata-rata ada yang menceburinya samaada kerana minat maupun untuk dijadikan profesyen mereka. Yang begitu mendapat perhatian antara dua cabang seni ini adalah seni persembahan,yang mana ianya bolehlah dibahagikan dan  diklasifikasikan kepada berikut :-

               1) Nyanyian 2) Perfileman 3) Muzik  4) Drama
               5) Teater     6) Tarian       7) Wayang Kulit 
               8) dan beberapa lagi seni persembahan yang lain
              


Nyanyian dan perfileman begitu mendapat perhatian dan sokongan samaada dari masyarat maupun Kerajaan. Bagi mereka penggiat seni ini begitu hampir kepada hati mereka. Ada yang menganggap artis-artis ini sebagai idola mereka dan setiap tingkah laku,gaya hidup dan imej  artis-artis tersebut menjadi ikutan. Kalau dikira dari segi sumbangan nyanyian dan perfileman kepada pendapatan negara bolehlah dianggap terlalu kecil akan tetapi mengapa bidang ini mendapat liputan dan perhatian yang lebih jika dibandingkan dengan seni lukis. Apa yang pasti bidang ini hanya sebagai halwa telinga dan mata dan tidak ada kesannya atau sumbangan positif terhadap kehidupan masyarakat amnya. Dipihak Kerajaan pula sekiranya ada aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan sebagai penyeri perayaan atau acara sudah pasti bidang seni persembahanlah akan ditampilkan sebagai wadah hiburan. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah melancarkan satu aktiviti seni yang dinamakan Program Merakyatkan Seni.

Program Merakyatkan Seni( PMS )  ialah suatu usaha bersekutu jabatan-jabatan di bawah KPKK mengenengahkan produk senibudaya dan warisan kepada khalayak, terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Dalam program PMS muzik, sketsa, tarian, nyanyian, sajak, syarahan dan pelbagai ciri pementasan khas dihidangkan kepada khalayak dengan matlamat memperkenal, membimbing, meminati dan mengekalkan intisari dan daya tarikan seni di dalam kehidupan rakyat.

Matlamat PMS adalah memperkenal, mengasuh, membimbing dan mengekalkan intisari senibudaya dan warisan di dalam kehidupan rakyat melalui naluri kemanusiaan.Disini dapat dilihat dengan jelas bahawa seni lukis tidak dimasukkan sebagai salah satu produk seni dan dipromosikan kepada masyarakat. Ianya seolah-olah dianaktirikan dan dilupakan sebagai salah satu cabang seni. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah bagi pihak kementerian berpendapat bahawa seni lukis tidak wajar di ketengahkan disebabkan tiada munafaat dan faedahnya pada masyarakat Malaysia.Biarpun jutaan ringgit diperuntukkan kepada bidang nyanyian dan perfileman akan tetapi perkembangannya masih ditakuk lama. Ia sekadar memenuhi kehendak tempatan dan dipersada antarabangsa ianya tiada mendapat perhatian serta tiada memberi sumbangan langsung. Jadi kenapa pihak berwajib masih mahu mempromosikan bidang ini sedangkan mereka tau tahap dan kualiti persembahan adalah terlalu jauh jika mau bersaing diarena antarabangsa.


Seni lukis telah lama menyumbangkan pendapatan kepada negara. Karya-karya lukisan pelukis tempatan mendapat tempat dan perhatian dihati peminat-peminat seni lukis antarabangsa. Banyak karya-karya pelukis tempatan telah menjadi koleksi mereka. Ada segelintir pelukis tempatan telah mencipta nama dipersada seni lukis antarabangsa jika dibandingkan di persada tempatan. Meraka lebih mendapat liputan dan sokongan dari media massa luar negara.Kebanyakkan pelukis terpaksa menguruskan hal mereka sendiri tanpa mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Atas daya usaha dan inisiatif mereka sendiri,mereka mampu menonjolkan diri mereka bersaing bersama-sama dengan pelukis-pelukis antarabangsa yang lain. Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal seni lukis tempatan tidak memainkan peranannya yang sebenar. Dengan belanjawan yang diterima dari Kementerian dalam jumlah yang kecil sudah pasti membantutkan aktiviti-aktiviti seni lukis tempatan. Mereka dari satu sudut yang lain lebih memberi tumpuan dan keutamaan untuk mempromosikan pelukis tempatan yang telah mencipta nama dan juga menengahkan pelukis-pelukis dari negara luar. Kecenderungan kearah mengadakan aktiviti-aktiviti seni lukis yang kurang memberi kesan dan impak kepada masyarakat seharusnya dihentikan dan diganti dengan yang lebih berfaedah serta dijalankan secara telus dan dedikasi.Banyak dana digunakan tanpa memberi sebarang munafaat dari segi perkembangan seni lukis tempatan. Oleh demikian bagi pelukis-pelukis baru peluang untuk terus maju dan mendapat sokongan kewangan dari BSLN tidak akan kesampaian disebabkan ketiadaan dana yang mencukupi.


Masyarakat Malaysia secara amnya adalah buta seni lukis. Tiada pendedahan dan pendekatan yang dilaksanakan untuk mengatasi perkara ini. Kefahaman mengenai seni lukis juga amat mendukacitakan. Jadi tidak hairanlah jika bidang ini tidak mendapat sambutan dan perhatian.  Bagi masyarakat mereka beranggapan bahawa karya seni lukis hanya boleh di miliki dan di beli oleh golongan yang mempunyai kemampuan kewangan dan faham akan seni itu. Inilah satu jurang yang terjadi dan seni lukis akan terus dihimpit kesepian. Seharusnya pihak berwajib peka akan hal ini dan telah pun menjalankan satu pendekatan untuk menjadikan seni lukis bidang seni yang mengkagumkan dan berdaya maju.Bidang seni lukis di Malaysia masih ditakuk lama dan tiada perkembangan yang positif mampu dilihat. Kalau ada pun aktiviti-aktiviti atau langkah yang diambil hanyalah sekadar untuk mengadakannya dan bukan satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan bidang ini. Disinilah golongan pelukis berada didalam dilema kerana segala-galanya mereka kena lakukan bersendirian tanpa sokongan dari mana-mana pihak. Jika ada pun bantuan itu hanya diberikan kepada pelukis yang kononnya telah 'mempunyai nama' dan ada 'kredibiliti'. Pelukis yang baru dan mula mahu bertapak akan terus terpinggir dan diketepikan.


Tibalah masanya bagi golongan pelukis untuk memikirkan masa depan dan hala tuju seni mereka. Mereka perlu bergerak dalam kumpulan dan ini akan memudahkan segala urusan. Kemajuan dan perkembangan seni lukis tempatan terletak dibahu mereka. Merekalah sebenarnya yang lebih arif dengan apa yang perlu dilakukan dan dilaksanakan. Masyarakat Malaysia perlu celik seni lukis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN