KEMASUKAN TRAFIK LUARBIASA

Slideshow

KENYATAAN PENULIS/PELUKIS

" Warna melambangkan kenyataan kehidupan, ketahanan diri,kejujuran,keikhlasan,kecintaan,
keharmonian dan harapan. Pengertian pada warna terlalu infiniti tertakluk pada kefahaman kita terhadap kehidupan. Dalam diri kita harus ada sikap kesederhanaan,bertimbangrasa dan toleransi serta memahami setiap aspek ekspresi yang kita laksanakan.Kita tidak mampu hidup bersendirian kerana lakaran perjalanan kita agak sumbang dan kaku.Dunia ini tercipta untuk kita menghayati isi kandungnya. "

BUKU-BUKU JUALAN TERBAIK

Isnin, 10 Mei 2010

RAGAM PELUKIS

Pelukis adalah manusia 'terpilih' yang diberikan kelebihan untuk mencatatkan kejadian atau peristiwa melalui penyampaian mereka diatas media catan. Semua manusia boleh melukis akan tetapi dapatkah lukisan yang mereka hasilkan mampu memuaskan hati serta mendapat perhatian dari orang lain? Inilah yang membezakan orang ramai dengan seorang pelukis. Kebiasaannya seorang pelukis itu mempunyai sensitivi terhadap kehidupan dan persekitaran. Jiwa mereka halus dan amat tersentuh. Maka tidak hairanlah ada segelintir pelukis yang bersikap pendiam,ego dan 'sombong'. Rata-rata pelukis yang peka kepada dunia selukis dan pasaran mengikis sikap ini dan mereka lebih terbuka,ramah dan senang didekati. Ini adalah perlu bagi mereka kerana mereka menganggap diri mereka bukan hanya semata-mata seorang pelukis malah adalah juga seorang peniaga.

Disebabkan pelukis adalah seorang manusia maka tidak hairanlah jika terdapat ada diantara mereka yang mempunyai hati yang gelap,irihati,dengki dan khianat. Mereka ini lebih mementingkan diri semata-mata tanpa memikirkan kesan akan mereka terima disebabkan bersikap begitu. Mereka gemar menjatuhkan kredibiliti rakan pelukis sendiri dan cuba mengambil kesempatan demi untuk kepentingan peribadi. Ada juga pelukis yang suka menyendiri dan mengasingkan diri mereka dari masyarakat. Bagi mereka hasil karya lukisan mereka adalah semata-matanya dan bukan diri mereka. Kita selalu diperagakan dengan karya lukisan seseorang pelukis akan tetapi tidak mengenali mereka. Pelukis yang selalu mempromosikan diri mereka mampu dikenali ramai dan mendatangkan kesan terhadap pemasaran karya mereka.

Dimasa kini terdapat beberapa  cara bagaimana seseorang pelukis memasarkan hasil karya lukisan mereka. Antaranya:-
    
      1. Pameran-
           a) Diadakan samaada berkumpulan atau solo
                dan diuruskan oleh orang lain serta juga ada yang
                diuruskan oleh mereka sendiri.
                Ini pada kebiasaanya dilakukan samaada digaleri
                lukisan maupun diruang pameran bangunan dan
                jangkamasa adalah singkat
           b) Diperagakan diruang-ruang pusat perniagaan dan 
                juga pejabat-pejabat. Juga diadakan samada 
                secara berkumpulan atau solo. Jangkamasa 
                pameran agak panjang dari kebiasaan.

     2.  Jualan terus-
           a) Dijual diruang perniagaan yang diuruskan dan
                kendalikan oleh pelukis tersebut
           b) Dipasarkan melalui internet samaada dilaman
                sawang atau blog.

     3.  Risalah,katalog dan brosur-
               Selain itu ada segelintir pelukis yang mengedarkan
               risalah,katalog dan brosur sebagai salah satu
               kaedah pemasaran. Ini adalah salah satu cara
               pemasaran yang murah dan mudah diketahui
               awam
     4.   Wawancara dan temubual dengan wartawan atau
           penulis seni dimedia cetak maupun media elektronik.
           Penampilan pelukis dengan kaedah ini mampu
           mendekatkan mereka kepada masyarakat serta
           memberi ruang kepada masyarakat mengenali
           mereka dan apa yang mereka lakukan.

     5.   Penerbitan buku mengenai pelukis dan hasil karyanya
           serta jurnal mengenai perjalanan seni mereka.
           Kaedah ini pada kebiasaannya digunakan oleh
           mereka yang telah berjaya dalam dunia senilukis
           yang diceburi serta telah mencapai satu kedudukan
           dipersada senilukis tempatan maupun antarabangsa.

Pelukis sama juga dengan penggiat seni yang lain. Mereka mempunyai matlamat dan halatuju yang ingin mereka capai.
Disamping mendapat perhatian dari dunia senilukis seseorang pelukis juga memerlukan sokongan dari semua
pihak samaada dari orang yang terdekat dengan mereka,rakan taulan,sahabat handai dan juga peminat senilukis. Seseorang pelukis akan berasa berbesar hati sekiranya penglibatan mereka serta usaha yang dijalankan mendapat pengiktirafan dari sesuatu pihak apalagi jika ianya datang dari pihak kerajaan sendiri. Disamping itu pengikhtirafan oleh dunia luar terhadap karya lukisan mereka juga ada kesannya. Ini adalah kerana karya lukisan mereka mampu bersaing diperingkat antarabangsa dan sudah tentulah ada kriteria yang telah menepati piawaian yang diperlukan.

Sesungguhnya apa lagi yang amat diperlukan oleh seseorang pelukis jika hasil karya mereka mendapat sambutan,
perhatian dan pengikhtirafan. Ini adalah pencapaian yang sangat-sangat diinginkan oleh hampir kesemua pelukis yang ada. Sesuatu yang amat dibanggakan bagi mereka yang bergelar pelukis samaada yang professional maupun amatur. Pelukis penjana minda. Pencatat peristiwa dan kisah secara nampak dan jelas.
              
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDSKETCHING

SESUATU YANG ISTIMEWA

HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

VIDEO TERHANGAT DIPASARAN

PERMAINAN DAN HIBURAN