Menjadi seorang pelukis adalah merupakan satu profesyen yang terlalu banyak rintangannya,pahit getir,dugaan dan pancaroba. Bukan mudah untuk bergelar seorang pelukis. Terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum seseorang mampu menamakan dirinya seorang pelukis. Seseorang yang mengambil langkah drastik untuk menjadi pelukis sepenuh masa dan menjadikannya sebagai satu profesyen adalah sesuatu yang amat berani. Hidup sebagai seorang pelukis dipenuhi dengan bermacam ranjau dan perjalanan kehidupannya penuh dengan liku-liku yang harus diharungi dan ditempuhi. Yang amat dititikberatkan adalah pendapatan yang diperlukan untuk menampung usahanya. Keberanian tidak mencukupi tanpa sebarang inisiatif untuk terus berkarya dan mengusahakan dirinya agar maju dalam bidangnya.
Kesusahan yang teramat adalah sesuatu yang biasa dan lumrah dalam kehidupan seseoranng pelukis sebelum dia mampu menempatkan dirinya dipersada seni lukis tanahair. Biarpun karya lukisan yang dilahirkan amat baik dari segala aspek belum tentu ianya mendapat sambutan dari peminat seni. Maka tidak hairanlah seseorang pelukis itu diselubungi dengan keperitan dalam kehidupan awalnya dalam profesyen tersebut. Pelukis tidak dapat lari dalam menyatakan kehidupan yang dialaminya disetiap karya lukisannya. Setidak-tidaknya mesti ada penceritaan pengalaman kehidupanya yang disampaikan dan diolah dalam karyanya. Bagi pelukis ini adalah cara mereka memberitahu masyarakat akan rintangan yang dihadapinya dan cuba untuk berkongsi. Lukisan adalah coretan rakaman tampak yang mentafsirkan pelbagai wadah kehidupan. Ia telus dan nyata. Kefahaman terhadap karya tersebut sebagai pelengkap penceritaan. Tanpa pengertian dan kefahaman dari mereka yang melihatnya maka karya tersebut belum mampu menonjolkan mesejnya dan kurang penghayatan terhadapnya. Seorang pelukis harus meneliti hal ini sebelum menyiapkan karya lukisannya.
Tidak ramai golongan pelukis yang ada ditanahair mampu menempa nama dipersada seni lukis tempatan samaada karya mereka belum sampai ketahap yang diperlukan atau pun mereka ini kurang pendedahan. Jadi tidak hairanlah mereka ini dipinggirkan dan sepi. Yang selalu berusaha untuk memajukan dirinya akan mengambil apa jua peluang yang ada agarnya karyanya diterima oleh masyarakat dan peminat seni lukis tanahair. Pameran dan promosi melalui media massa adalah antara usaha untuk menengahkan diri seseorang pelukis serta hasil karyanya. Pelukis yang kerap mendapat liputan dan penonjolan akan memperolehi kredit dari banyak sudut. Maka tidak hairanlah golongan ini selalu dinobatkan dalam apa jua acara seni lukis tempatan. Mereka tidak pernah dipinggirkan. Kroni dan hubungan rapat antara beberapa sebab kenapa mereka ini selalu menghiasi ruang seni lukis tempatan biarpun karya yang mereka hasilkan kini masih ditakuk lama dan tiada sebarang kemajuan. Pengalaman adalah merupakan kriteria utama yang dititikberatkan jadi tidak hairanlah golongan ini pada kebiasaanya mendapat perhatian dan selalu diketengahkan. Peluang yang ada sepatutnya diberikan kepada golongan pelukis yang masih baru dan belum mendapat penonjolan biarpun ada segelintir golongan pelukis ini mempunyai kekuatan yang istimewa dalam karya yang dihasilkan. Dari sini akan terciptalah satu jurang perbezaan antara pelukis yang telah ada nama dengan pelukis yang baru. Persepsi yang ketara terhadap kemampuan dan kebolehan pelukis bakat baru harus disingkirkan dan dilenyapkan agar ada persaingan yang sihat antara dua kelompok pelukis tersebut.
Akademik bukanlah satu kayu ukur untuk menilai seseorang pelukis. Seseorang pelukis yang mampu menghasilkan karyanya dengan baik, penuh sarat dengan mesej yang ingin disampaikan sudah cukup menjadi bukti akan kebolehannya biarpun dia masih baru dalam persada seni lukis tempatan. Setiap mereka yang bergelar pelukis mesti sudah melengkapi dirinya dengan kefahaman terhadap apa yang ingin mereka lakukan dalam karyanya. Samaada hasil karyanya itu mendapat perhatian bergantung kepada kekuatan mesej karyanya. Dengan sebab itu setiap pelukis harus melengkapkan dirinya dengan apa jua ilmu pengetahuan agar dia peka dan tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Pelukis tidak sepatutnya terpinggir dengan arus kepesatan pembanguan tetapi sebaliknya mengambil peluang yang ada agar terus memajukan dirinya. Pelukis yang menyisihkan dirinya dari dunia sebenar kehidupan akan terus tenggelam dan terpinggir biarpun sudah lama berada didalam persada seni lukis.
Secara umumnya bukan semua manusia dilahirkan sebagai pelukis,berbakat dan mampu membuat sesuatu karya lukisan yang ada kekuatan tersendiri. Kita mungkin pernah melukis akan tetapi sejauh mana kita memahami apa yang kita hasilkan adalah tidak pasti. Kita lakarkan sesuatu yang kita nampak tanpa memikirkan intipatinya. Maka tidak hairanlah jika ada jurang perbezaan antara yang dilahirkan berbakat dalam bidang seni lukis dengan orang awam yang kurang penghayatannya.
Mixed Media Geologic Abstract Painting, "Ancient Artifacts 2" by Carol
Nelson Fine Art
-
* This highly textured geologic abstract features clay medallions, gold
lace paper, and various texture mediums. I painted this as a demo for a
recent wor...
Sebulan yang lalu